Bolehkah istilah ini diterjemahkan seperti berikut mengikut syarat imbuhan untuk 'i' dan 'k'? Istilah ini untuk nama panggilan ayam belanda: Strut (igal). Strutter: pengigal Gobble (kelokok). Gobbler: pengelokok Mohon nasihat daripada pihak DBP. Terima kasih. | Soalan tidak difahami. Sila berikan contoh ayat untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang bersesuaian. | Lain-lain | 05.08.2021 |
Soalan ini berdasarkan soalan saya yang lepas. Berdasarkan hukum tatabahasa awalan kata nama, PEN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf "g" dan "h" dan "a, "e", "i", "o", "u", serta ada pengecualian untuk kata dasar yang bermula dengan huruf K. Soalan saya adalah terjemahan yang sesuai untuk istilah nama panggilan ayam belanda dalam bahasa Inggeris iaitu Strutter dan Gobbler. Strut ialah perbuatan mengigal. Gobbler ialah ayam belanda jantan, tapi bagi istilah ini adalah panggilannya sebagai haiwan yang suka berkelokok. Bolehkah strutter diterjemahkan kepada pengigal dan gobbler diterjemahkan kepada pengelokok berdasarkan hukum kata awalan. Rujukan di muka surat 111 buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga. Terima kasih. | Berdasarkan rumus tatabahasa, kata terbitan yang boleh dibentuk ialah pengigal dan pengkelokok. Walau bagaimanapun, kedua-dua bentuk kata ini tidak ditemukan dalam mana-mana sumber rujukan mahu pun carian di Internet. Kata pengigal mungkin boleh dibentuk, namun agak janggal untuk kata pengkelokok. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.08.2021 |