Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yu] | ايو

Definisi : 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2. lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb); keayuan perihal (sifat dsb) ayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu] | ايو

Definisi : Jw ark kakak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu] | ايو

Definisi : cantik dan lemah lembut serta menarik (bkn wanita). keayuan sifat ayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar".
2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu".  
3. Janji temu.
Tatabahasa01.09.2015
BIMBINGAN SEMAKAN TATABAHASA DAN EJAANPihak kami akan mengambil masa yang lebih lama bagi menyemak artikel puan. Oleh itu, puan perlu menghantar permohonan semakan dokumen melalui e-mel. Sila e-mel artikel puan kepada ayu@dbp.gov.my">ayu@dbp.gov.myLain-lain30.12.2015
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI FORMAT SURAT RASMI MENGIKUT PROTOKOL YANG BETUL UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN

Puan Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sdr. Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Untuk menghuraikan perkara mengenai protokol ia memerlukan masa yang lama. Jadi saya suka mencadangkan puan merujuk buku yang ditulis oleh Encik Moktar Mohd. Tohar untuk mendapatkan maklumat selengkapnya. Manakala bagi format surat rasmi-    kertas yang digunakan untuk menulis surat rasmi mestilah menggunakan

  •  kepala surat, dengan alamat, logo korporat, alamat pos, nombor telefon dan faks. Seterusnya mesti ada nama pengirim dan penerima serta gelarannya.
  • kata sapaan yang betul bagi penerima
  • perkara atau tajuk surat berkenaan
  • isi - bergantung berapa banyak isi yang ingin ditulis
  • kesimpulan surat yang ditulis
  • frasa penutup dan slogan yang terkini
  •  Tandatangan pengirim / nama dan gelaran pengirim /  singkatan b.p. (bagi pihak) – jika berkenaan.
    - Dokumen disertakan / salinan kepada.
.
Lain-lain02.03.2009
Sila beri penjelasan perkataan Radian Emas & Seri Ayu. Terima kasih.Radian ialah unit ukuran sudut satah pd bulatan. Emas pula ialah sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai. Seri ialah cahaya semarak. Ayu ialah cantik dan lemah lembut orangnya. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2009
saya ingin mengetahui kadar bayaran untuk semakan tatabahasa bahasa melayu dalam skrip drama radio.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak skrip drama radio. Walau bagaimanapun, tuan boleh menghubungi pegawai kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my">ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa03.05.2015
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021
Saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia dokumen yang dilampirkan. Terima kasih. Wan Azah Wan Ismail Epson Precision Malaysia Sdn Bhd.Untuk makluman tuan, penyemakan dokumen yang melibihi satu perenggan (tidak melebihi 5 baris dengan font saiz 12) dikenakan bayaran. Jika puan memerlukan maklumat lanjut, hubungi pegawai kami Puan Rohayu Ismail melalui talian 03-21479400 atau e-mel ayu@dbp.gov.my">ayu@dbp.gov.my.Penyemakan dan penterjemahan03.10.2017
Muhd Shuk Oct 8th, 5:33pm Assalamualaikum admin,saya ingin bertanya.Sebelum ini kakak saya ada menghantar permohonan pekerjaan utk jawatan Perancang Bahasa gred S41.Boleh saya tahu status permohonan tersebut.Nama beliau Kamiliah Ayu Bte Ab.Ghani.Pendidikan,Ijazah Sarjana pendidikan (Bahasa Melayu) & Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Linguistik).TQ.Permohonan ke jawatan Perancang Bahasa S41 telah dibuat penyaringan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Fairuz binti Yaacob, melalui talian 03-21479000/9001 atau e-mel fairuz@dbp.gov.my.Lain-lain08.10.2015
Kami hendak buat papan tanda untuk di gunakan dalam hospital baru ini . Kami lampirkan senarai perkatan yang kami telah menterjemahkan daripada perkhidmatan di laman web DBP. Kami hendak mendaat persetujuan atau kelulusan untuk menguna terjemahan perkatan -perkatan ini. terima KasihKami akan menyemak permohonan tuan dan akan mengembalikannya kepada tuan melalui alamat e-mel yang terakam dalam domain ini. Untuk pertanyaan tuan boleh menghubungi pegawai kami, Puan Rohayu Ismail melalui talian 03-21479400 atau e-mel ayu@dbp.gov.my">ayu@dbp.gov.my.Lain-lain22.06.2015
Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup.Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my">ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my.Istilah30.09.2013
123

Kembali ke atas