Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yu] | ايو

Definisi : 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2. lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb); keayuan perihal (sifat dsb) ayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu] | ايو

Definisi : Jw ark kakak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu] | ايو

Definisi : cantik dan lemah lembut serta menarik (bkn wanita). keayuan sifat ayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNGDIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG, dialek yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu. Dialek ini berasal daripada rumpun bahasa di daerah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera Timur dan Kepulauan di sekitarnya. Ketiga-tiga daerah ini ialah kawasan pusat dan induknya bagi bahasa Melayu. Sejak zaman dahulu, di kawasan inilah berkembangnya bahasa Melayu yang bermula dari kerajaan Sriwijaya membawa ke Melaka dan seterusnya ke Riau-Johor. Kemudian bahasa Melayu Riau-Johor berpecah dua pula, iaitu bahasa Melayu Riau yang berkembang di Indonesia, dan bahasa Melayu Johor yang berkembang di Malaysia dan Singapura serta memberi pengaruh yang kuat di Brunei Darussalam. BAHASABahasa
DIALEK MELAYU JOHORDIALEK MELAYU JOHOR, satu bentuk kelainan dialek Melayu yang umum digunakan di negeri Johor, Singapura dan daerah-daerah yang di sekitarnya. Dialek Melayu Johor ialah pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Johor-Riau berasal daripada bahasa Melayu yang digunakan dalam kerajaan Melayu Melaka.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI KALIMANTANDIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SARAWAKDIALEK MELAYU DI SARAWAK, variasi dalam penggunaan bahasa Melayu baku di Malaysia, sama seperti dialek Melayu di negeri-negeri yang lain di Malaysia, yang dituturkan di Sarawak sahaja. Dialek Melayu di Sarawak dapat dikatakan lingua franca asas di negeri ini. Hampir pada semua peringkat perhubungan, dari pasar sayur hingga ke pejabat kerajaan, dialek Melayu digunakan dengan meluas.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG

DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi.

            Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia).

BAHASABahasa
DIALEK MELAYU MAKASSARDIALEK MELAYU MAKASSAR, dialek yang berasal daripada ragam Melayu yang dituturkan pada awal abad ke-17 di bandar Makasar, Sulawesi, Indonesia. Selain bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Melayu sudah amat luas digunakan juga di bandar yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pelabuhan utama dalam perdagangan rempah. Peranan bahasa Melayu pada zaman itu dapat dibuktikan dengan merujuk keterangan orang Eropah yang menyaksikan fungsi bahasa itu dan dengan membaca karya sastera Melayu yang dikarang di Makasar pada masa itu, seperti Syair Perang Makasar.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU BERAUDIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal.BAHASABahasa
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIADEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU MALAYSIA, nama baharu bagi Dewan Perniagaan Melayu Malaya. Dewan Perniagaan dan Melayu Malaysia (DPPMM) ditubuhkan pada tahun 1974, merupakan gabungan Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (GDPMM) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1965.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONGDIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di Mukim Sayong, dan beberapa kawasan lain di sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak. Mukim Sayong ini terletak berhampiran Sungai Perak, dan di mukim inilah terletaknya bandar diraja Kuala Kangsar. Oleh sebab nama Kuala Kangsar itu lebih dikenal umum, maka sejak kebelakangan ini, nama dialek Melayu Kuala Kangsar lebih sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di kawasan ini berbanding penggunaan nama dialek Melayu Pulau Sayong (DMPS).BAHASABahasa
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYADEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
123456

Kembali ke atas