Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.zab]/[a.zab] | عذاب

Definisi : 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai sese­orang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat ~; mengazab menghukum (dgn seksaan), me­nyeksa: orang yg durjana akan diazab di neraka;mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat sangat), menyengsara­kan; keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.zab]/[a.zab] | عذاب

Definisi : 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011

Kembali ke atas