Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agaropectinagaropektinKimiaBiokimiaUnit-unit D-galaktosa yang dicantumkan melalui ikatan b-1, 3-glikosida. Sebahagian kumpulan OH pada C6 diesterkan dengan sulfat.
hyperonhiperonFizikModenZarah keunsuran semi stabil yang mempunyai nombor barion B=+1 atau mempunyai tempoh hayat yang lebih panjang daripada 10-22 saat.
standardised extractekstrak terpiawaiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x-y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Contohnya, ekstrak kering terpiawai daun senamaki (Sennae folium) dalam etanol (60%v/v) mengandungi 50-65 mg ekstrak yang setara dengan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B.
Rettinger�s crushing lawhukum penghancuran RettingerKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa kuasa yang diperlukan untuk memecahkan pepejal adalah berkadar terus dengan luas permukaan baru yang dihasilkan. Jika b ialah garis pusat purata isi padu permukaan zarah yang dihasilkan daripada zarah yang bergaris pusat purata isi padu permukaan a, kuasa yang perlukan ialah P/m = KR (1/b1/a), dengan P = kuasa, m = kadar penghancuran, b = garis pusat purata isi padu permukaan, a = garis pusat purata isi padu permukaan, KR = pemalar Rettinger. Hukum ini sesuai jika P/M adalah sederhana atau penghancuran pepejal tidak terlalu besar.
ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine)nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulenHerbaTiadaNisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1.
chôrochôroMuzikTiada

 <b>1.1pt;mso-ansi-language:EN-US">1.   b><b>Sejenis ensembel yang terdiri daripada gitar, alat tiupan dan genderang. Chb><b>ôb><b>ro berasal dari Rio de Janeiro dan amat popular pada akhir abad ke-19.b>

<b>2.b><b style="line-height: 12.95pt; ">Muzik instrumental dalam gaya ensembel chb><b>ôb><b style="line-height: 12.95pt; ">ro yang mempamerkan teknik virtuoso, improvisasi dan bertekstur polifoni.b>

inverse matrixmatriks songsangMatematikTiadaMatriks segi empat yang, apabila didarab dengan suatu matriks segi empat sama, menghasilkan matriks identiti. Diberi matriks segi empat sama A dan B dengan AB + BA = I (matriks identiti). A dikenali sebagai matriks songsang kepada B dan A ditulis sebagai B-1.
virial equationpersamaan virialKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan keadaan termodinamik yang mengambil kira sisihan sifat bendalir daripada keadaan unggul yang dijelaskan dalam faktor kemampatan sebagai Z = PV/RT = 1 + B/V + C/V2 + D/V3 + ... atau Z = PV/RT = 1 + B�V + C�V2 + D�V3 + ... dengan Z = faktor kemampatan, P = tekanan, V = isi padu, T = suhu. B, C, dan D atau B�, C� dan D� masing-masing pekali virial kedua, ketiga, dan keempat secara tertib. Pekali virial ini dihubungkan antara satu sama lain sebagai B� = B/RT, C� = (C � B2)/R2T2, D� = (D � 3BC + 2B3)/R3T3.
quantified extractekstrak terkuantitiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida.
Vernam ciphersifer VernamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan.
12345678910...

Kembali ke atas