Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk bapa; babe. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baba I

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud 'baba'. Boleh tak maksud baba memberi maksud bapa atau ayah. Sekiranya boleh, adakah ia adalah kata formal atau loghat sahaja? sebab dalam laman web dbp, salah satu maksud baba keluar sebagai jk bapa; babe. boleh jelaskan.

Kata "baba" yang merujuk panggilan kepada ayah, bapa, babe dalam bahasa Melayu ialah bahasa basahan, bukannya bahasa Melayu standard. Singkatan "Jk" ialah Jakarta (merujuk bahasa Melayu Jakarta/masyarakat Betawi yang menyebut baba/babe untuk panggilan ayah.

Makna10.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejatera, Saya ingin mendapat kepastian dari pihak DBP mengenai persoalan ini; Adakah bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya boleh dikategorikan sebagai Bahasa Melayu? Terima kasih.

Waalaikumsalam dan Salam Sejahtera.

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat;

Baba bermaksud, 1. Segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.

Nyonya pula bermaksud, 1. panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami 2. perempuan Cina dr golongan Baba.

Maka jelas menunjukkan bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya ialah bahasa Melayu dialek Baba atau lebih dikenali sebagai bahasa Melayu Peranakan Baba Nyonya.

Lain-lain28.01.2014
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama?Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.Makna21.06.2010
memeriksa perkataan pada banner majlis Graduasi dan Inovasi SMK Ghafar baba 2015Lihat LampiranTatabahasa06.03.2015
Bolehkah penjelasan terperinci diberikan ke atas maksud Peranakan, Nyonya dan Baba serta sejauh manakah masyarakat Peranakan ini wujud dalam masyarakat majmuk Malaysia? Apakah ciri-ciri khusus yang ada pada masyarakat ini berbanding dengan masyarakat Melayu dan Cina? Maklumat lain yang berkaitan termasuk jika terdapat sebarang artikel yang pernah diterbitkan oleh DBP mengenai masyarakat Peranakan adalah dialu-alukan.

Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam  Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan awam. 

Lain-lain19.08.2010
memeriksa perkataan untuk iklan banner majlis graduasi dan inovasi smk ghafar baba 2015Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Tatabahasa06.03.2015
assalamualaikum.. saya ingin tahu, kalau dalam lorat penang 'ibu' digelar 'mami' dan 'bapa' pula digelar apa? terima kasih kerana membantu saya.Dalam loghat Pulau  Pinang, 'mami' bermaksud makcik. Panggilan bagi ibu ialah mak, manakala bagi bapa  ialah baba atau ba.Lain-lain12.06.2008
Sejak tahun 2008 saya mula melihat berlaku satu tradisi baru dalam menggunakan gelaran 'Tuan' pada nama seseorang terutama sekali dikalangan ahli politik yang mendapat jawatan menerusi lantikan politik. contoh : Tuan Lim Gong Gon, Ahli Majlis Perbandaran Kota Lama. YB. Tuan Ali bin Kalim, Exco kerajaan negeri YB. Tuan Lim Guang In, Menteri Persekutuan Adakah penggunaan 'Tuan' dibolehkan? Atau sepatutnya digunakan 'Encik' Contoh : YAB Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri MalaysiaBerdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan bagi yang bukan Ahli Parlimen gelarannya ialah Encik, seperti Encik Lim Gong Gon. Tiada pekeliling tentang pemakaian gelaran/sapaan tuan bagi penjawat jawatan melalui lantikan politik.Lain-lain11.03.2022
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021

Kembali ke atas