Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babi I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
outseamkelim rusuk (PEM.MAN)KesenianTiada1. Kelim yang dijahit dengan menggunakan mesin tanpa kemasan tepi, digunakan pada sarung tangan sukan, diperbuat daripada belulang babi dan adakalanya daripada fabrik kapas.,2. Kaedah menyambung sarung tangan dengan menggunakan kelim yang tahan lasak dan boleh diubah suai.
enduranceketahananAeroangkasaTiada1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Aliran bendalir yang melebihi halaju bunyi.,Pagar yang diletakkan di bawah sayap pesawat udara, bertujuan menyekat aliran silang di pinggir depan sayap. Ini dapat mengelakkan berlakunya pegun awal di hujung sayap.,1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Enzim yang dihasilkan di bahagian pankreas dan bertindak terhadap ikatan glikosidik yang terdapat pada kanji, glikogen, dekstrin dan polisakarida bagi menghasilkan glukosa dan maltosa. Enzim ini dirembeskan melalui air liur sesetengah haiwan seperti ayam dan babi. Walau bagaimanapun, haiwan seperti kuda dan haiwan ruminan tidak mempunyai enzim ini.
mal ghair mutaqawwamharta tak bernilaiPerniagaan IslamTiada1. Harta yang tidak dimiliki, seperti haiwan yang masih lagi belum ditangkap, bahan galian yang masih mentah atau tumbuh-tumbuhan di padang. Sekiranya dimiliki, syarak membenarkan pengggunaan harta tersebut. 2. Sesuatu yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh syarak kepada orang Islam kecuali ketika darurat, seperti arak dan babi.
estradiolestradiolPerubatanTiadaNama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal.
prestarter dietdiet prapemulaVeterinarTiadaMakanan yang pertama kali diperkenalkan kepada anak haiwan yang baru mula memakan bahan makanan pepejal. Makanan jenis ini mengandungi protein dan tenaga pada aras yang tinggi serta mudah dicerna. Bagi ternakan ruminan dan babi, makanan ini mengandungi susu tepung, kanji dan kacang soya untuk menggalakkan pengambilannya. Anak ternakan yang menyusu boleh diberi makanan ini apabila mencapai umur 1-2 minggu sebagai galakan untuk memakan makanan pepejal.

Kembali ke atas