Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca;

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
programmable read-only memory (PROM)ingatan baca sahaja boleh atur caraTeknologi MaklumatTiadaIngatan Baca Sahaja yang kosong dan boleh diatur cara. Sekali ditulis atur cara, kandungannya tidak boleh diubah lagi. Kebiasaannya atur cara ini di tulis oleh pengeluar ROM. Lihat ingatan baca sahaja (ROM).
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamTeknologi MaklumatTiadaIngatan baca sahaja yang kandungannya boleh berkali-kali diatur cara dengan menggunakan pengatur cara EPROM dan di padam dengan menggunakan tatacara sinar ultra ungu. Lihat ingatan baca sahaja boleh atur cara.
writerlycabar bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang sukar difahami oleh pembaca. Kesukaran ini disebabkan oleh elemen linguistik di dalamnya yang menyebabkan struktur serta maknanya menjadi tersirat. Dalam hal ini, bahasa menjadi perantara yang membentuk realiti supaya lebih kompleks dan samar. Kini, pembaca lebih sedar akan elemen linguistik yang memainkan peranan aktif dalam membina makna teks. Karya atau teks jenis ini berkembang dalam era pascamoden pada abad ke-20. Contoh karya cabar baca ialah Finnegans Wake oleh James Joyce. Istilah cabar baca digunakan untuk membezakannya dengan teks yang disebut mesra baca. Lihat juga mesra baca.
closed punctuationbertanda bacaPentadbiran PerniagaanTiadaSurat yang mempunyai tanda baca tertentu pada pembukaan dan penutup surat.
mixed punctuationgaya bertanda bacaPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk surat yang terdapat tanda baca di baris pembukaan dan penutup surat.
open punctuationtak bertanda bacaPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk surat yang tidak terdapat tanda baca dibaris pembukaan dan penutup surat.
block style with mixed punctuationgaya blok bertanda bacaPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk surat yang terdapat tanda baca di baris pembukaan dan penutup surat.
read accesscapaian bacaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTahap kebenaran yang membolehkan seseorang pengguna atau atur cara membaca kandungan suatu fail. Capaian baca boleh membenarkan pengguna atau atur cara menyenaraikan kandungan direktori.
block style with open punctuationgaya blok tak bertanda bacaPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk surat yang tidak terdapat tanda baca di baris pembukaan dan penutup surat.
readerlymesra bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca.
12345678910...

Kembali ke atas