Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca.an] | باچاءن

Definisi : 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca.an] | باچاءن

Definisi : 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bacaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
variantvarianKesusasteraanTiada1. Bacaan-bacaan yang berbeza dalam beberapa naskhah . Contoh: Selamat sempurna ratu kedua, Tidaklah ada kira-kira dan hawa, Sebarang perintah anakanda jua, dua buah negeri menteri punggawa. Tamatlah sudah Ken Tambuhan, Barang yang mendengar belas kasihan, Pilu bercampur dengan rawan, Air mata pun jatuh berhamburan. [Syair Ken Tambuhan hlm. 225]
dialectical variantsvarian dialektisKesusasteraanTiadaBacaan-bacaan dialek yang berbeza dalam beberapa naskhah.
theodoliteteodolitGeologiTiadaAlat ukur yang digunakan untuk mengambil bacaan-bacaan sudut yang tepat dalam arah menegak atau mendatar.
resulthasil; keputusanKejuruteraanTiada1. Perubahan sebenar yang dilihat atau disukat, yang berlaku kerana sesuatu sebab.,2. Nilai angka yang dihasilkan daripada bacaan-bacaan daripada uji kaji kuantitatif.,3. Kumpulan cerapan dan taabiran yang diperoleh dalam uji kaji kualitatif.
verniervernierKejuruteraanKejuruteraan MekanikSkala pendek bersenggat yang dipasang pada skala utama alat pengukuran bagi memberi bacaan terkecil. Bacaan diambil dengan cara menggelangsarkan skala ini di sepanjang skala utama. Skala ini banyak digunakan pada angkup vernier dan mikrometer.
blocked reading framerangka bacaan tersekatBiologiGenetikRangka bacaan yang mempunyai banyak kodon penamat, atau rangka bacaan yang kodon penamatnya terletak hampir dengan kodon permulaan.
reading ordertertib bacaanTeknologi MaklumatTiadaArah keseluruhan jujukan teks di dalam dokumen HTML atau laman web. Sebagai contoh, tertib bacaan diset kepada ltr (kiri ke kanan) untuk dokumen tulisan rumi atau rtl (kanan ke kiri) untuk dokumen tulisan jawi. Berikut adalah contoh sintaks bagi HTML atau bahasa penskripan bagi mengeset tertib bacaan sesuatu dokumen atau laman web. Sintaks HTML Skrip object.dir [ =sDir ] sDir Rentetan yang digunakan untuk penskripan tertib bacaan: ltr Arah teks dari kiri ke kanan. rtl Arah teks dari kanan ke kiri.
reading ordertertib bacaanTeknologi MaklumatTiadaArah keseluruhan jujukan teks di dalam dokumen HTML atau laman web. Sebagai contoh, tertib bacaan diset kepada ltr (kiri ke kanan) untuk dokumen tulisan rumi atau rtl (kanan ke kiri) untuk dokumen tulisan jawi. Berikut adalah contoh sintaks bagi HTML atau bahasa penskripan bagi mengeset tertib bacaan sesuatu dokumen atau laman web. Sintaks HTML Skrip object.dir [ =sDir ] sDir Rentetan yang digunakan untuk penskripan tertib bacaan: ltr Arah teks dari kiri ke kanan. rtl Arah teks dari kanan ke kiri.
closet dramadrama bacaanKesusasteraanTiadaDrama yang biasanya berbentuk puisi yang lebih sesuai dibaca daripada dilakonkan di pentas. Biasanya, drama bacaan dibaca untuk kelompok penonton kecil dan khas, terutamanya di ruang tamu. Contohnya, drama Samson Agonistes oleh Milton dan Pippa Passes oleh Browning. Contoh sastera Nusantara ialah Jalan Mutiara oleh Sitor Situmorang (1954) dan Petang di Taman oleh Iwan Simatupang (1966). Dalam Kesusasteraan Arab, contoh drama bacaan ialah Masrahiyat Muhammad oleh tawfiq al-Hakim. Drama bacaan dikenali juga dengan nama drama bilik tamu.
creative readingbacaan kreatifSosiologiTiadaBahan bacaan yang boleh merangsang kepada penciptaan, penghasilan atau perekaan sesuatu.
12345678910...

Kembali ke atas