Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. support, bantuan, sokongan: ~ materials, bahan bantuan; 2. reserve, bantuan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata back-up


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan bm untuk back date / back dated?Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh. Klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=back+dated untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan09.07.2015
Full Back to Back Guarantee ArrangemantPadanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah pengaturan jaminan sandar-menyandar penuh.Istilah24.03.2008
Salam, saya ingin mendapatkan khidmat back-to-back translation untuk tujuan pengajian saya. Boleh Tuan berikan maklumat untuk saya mendapatkan khidmat ini. Terima kasihPihak DBP tidak lagi menyediakan perkhidmatan penterjemahan, tuan boleh dapatkan perkhidmatan ini daripada Persatuan Penterjemah Negara.Penyemakan dan penterjemahan19.06.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Quick Back"? Adakah "Kembali Segera" sesuai digunakan? "Quick Back" merupakan salah satu tetapan pelayar (browser). Contoh ayat: Enabling Quick Back may cause certain webpage incompatibility problem. Terima kasih.Untuk makluman puan, istilah "quick back" tidak terdapat dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan bahasa Melayu bagi istilah "quick back" ialah "kembali pantas".Istilah03.11.2013
Assalamualaikum. (1) Apakah frasa yang boleh digunakan untuk "back in stock"? Contoh ayat: "Back in stock requests. Collect requests and notify customers when products are back in stock." (2) Apakah "tapak" atau "laman" istilah yang betul/sesuai dalam konteks Komputer/Teknologi Maklumat? Contoh ayat: "Show your stie in search results" atau "Publish your website" (3) Apakah istilah yang sesuai/betul untuk "checkout" yang merujuk kepada pembayaran dalam talian? Contoh ayat: "Let your customers and clients pay you online at checkout." Terima kasih.(1) Cadangan terjemahan "back in stock" ialah stok kembali.
(2) Istilah laman web lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut.
(3) Cadangan terjemahan "checkout" dalam konteks yang tersebut ialah pembayaran.
Penyemakan dan penterjemahan28.10.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Lizawati Salahuddin pensyarah dari Jabatan Kejuteraan Perisian, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan perkataan back end. 1. Yang manakah penggunaan perkataan yang betul dalam bidang komputer: back end, backend, ATAU back-end? 2. Apakah istilah rasmi Bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dalam bidang komputer? Mohon kepastian daripada pihak DBP. Terima kasih.

Waalaikumussalam. 1. Dalam bidang komputer, kelazimannya ejaan yang digunakan ialah back-end (dengan tanda sempang). 2. Istilah dalam bahasa Melayu untuk back-end dalam bidang komputer ialah:

  1. back-end = bahagian belakang
  2. back-end tools = alat bahagian belakang
  3. back-end phases = fasa bahagian belakang
  4. back-end processor = pemproses bahagian belakang
Sekian. Terima kasih.
Istilah15.05.2017
Assalamualaikum tuan, apakah istilah yang sesuai bagi maksud inner front cover dan inner back cover dalam bahasa Melayu?Dalam data rujukan kami, terdapat istilah back cover yang dipadankan sebagai kulit belakang manakala front cover pula ialah kulit depan. Perkataan inner pula pula diterjemahkan sebagai dalam.  Cadangan kami ialah kulit depan dalam dan kulit belakang dalam.Penyemakan dan penterjemahan28.02.2018
Salam, tolong berikan padanan Bahasa Inggeris bagi istilah 'action back' untuk jenis lapik belakang karpet. Saya turut sertakan gambar berkenaan. Terima KasihMerujuk kamus dalam bidang kesenian, maksud action back ialah lelipat aksi belakangMakna16.10.2017
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi "Push back posts" iaitu merupakan sejenis kancing anting-anting seperti yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "push back posts". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kancing tolak.Istilah08.05.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Apakah padanan yang sesuai untuk rear double biceps atau back double biceps? Terima kasih.Waalaikumussalam,
Istilah rear double biceps atau back double biceps masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan daripada pihak kami ialah biseps belakang berganda
Makna29.07.2019
1234

Kembali ke atas