Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata backup


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sandar(backup)Sumber yang boleh digunakan untuk menggantikan sumber utama yang gagal atau terhapus.Kamus Komputer
sistem sandar(backup system)Sistem yang direka bentuk untuk membantu atau mengambil alih pengendalian sistem apabila terjadi kegagalan atau wujudnya ralat luar biasa pada sistem utama.Kamus Komputer
salinan sandar(backup copy)Salinan atur cara atau data yang disimpan dalam storan sandar di tempat selamat untuk dijadikan rujukan sekiranya salinan asal hilang, rosak, atau tercemar. Salinan kandungan cakera liut atau cakera keras ini dibuat mengikut suatu jadual penyimpanan yang berkala.Kamus Komputer
kelengkapan sokongan(backup equipment)Kelengkapan jauh atau setempat yang direka bentuk untuk membantu sistem atau mengambil alih pengendalian sistem apabila terjadi kegagalan utama pada kelengkapan utama.Kamus Komputer
sandar fail(file backup)1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan.Kamus Komputer
sandar bateri(battery backup)Bekalan kuasa sokongan bagi sistem komputer yang bersumberkan bekalan kuasa bateri untuk mengelakkan data yang sedang diproses atau yang berada dalam ingatan utama hilang ketika bekalan kuasa utama terputus.Kamus Komputer

Kembali ke atas