Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kerempeng[k«.Äem.peN]kata namaberkenaan tubuh yang kurus.Dah lame sakit, mane badan die tak kerempeng.[dAh lA.m« sA.kit mA.n« bA.dAn di.j« tA/ k«.Äem.peN]Dia sudah lama sakit, sebab itu badan dia kurus.
merengkai[m«.Ä«N.kAj]kata adjektifkurus dan tidak bermaya.Macam mane badan tak merengkai, ari-ari isap dadah.[mA.tSAm mA.n« bA.dAn tA/ m«.Ä«N.kAj A.Äi.A.Äi i.sAp dA.dAh]Macam mana badan tidak merengkai, hari-hari hisap dadah.
pesak gantong[pe.sA/ gAn.toN] pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung di bahagian atas sedikit daripada pinggang, khususnya untuk baju kurung.Badan aku ni gempal, baju kurong aku tu kau pasang pesak gantong aje.[bA.dAn A.ku ni g«m.pAl bA.dZu ku.ÄoN A.ku tu kAw pA.sAN pe.sA/ gAn.toN A.dZ«]Badan aku ni gempal, baju kurung aku tu kau pasang pesak gantunglah.
gemok bayo[g«.mo/ bA.jo] berkenaan seseorang yang gemuk berpenyakit; gemok basau.Badan die gemok bayo, tak ikot abang die.[bA.dAn di.j« g«.mo/ bA.jo tA/ i.kot A.bAN di.j«]Badannya sangat gemuk, tidak seperti abangnya.
gemok basau[g«.mo/ bA.sAw] berkenaan seseorang yang gemuk berpenyakit; gemok bayo.Badan die gemok basau, nak bangket pon susah.[bA.dAn di.j« g«.mo/ bA.sAw tA/ i.kot A.bAN di.j«]Badannya sangat gemuk, tidak seperti abangnya.
ayam siam[A.jAm si.yAm] sejenis ayam berkaki panjang dan saiz badannya agak kecil berbanding ayam biasa dan bertaji tajam. Kuat berlaga dan saiz badan yang kecil memudahkan ia melompat-lompat.   
belodok[b«.lo.do/]kata namasejenis ikan yang habitatnya di paya bakau yang berlumpur. Boleh bergerak di atas lumpur dengan menggunakan sirip di kiri dan kanan badan, ikan belacak.   
   2. mendukung seseorang di bahagian belakang badan; encang.Meh atuk cangcang engkau, boleh jalan cepat sikit.[meh A.tu/ tSAN.tSAN «N.kAw bo.leh dZA.lAn tS«.pAt si.ket]Mari atuk dukung engkau di belakang, boleh jalan cepat sikit.
langgai bubu[lAN.gAj bu.bu] bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut.Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol.[lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol]Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul.

Kembali ke atas