Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rengkek[ÄEN.kE/]kata adjektifberkenaan membongkokkan badan kerana membawa bebanan di bahagian belakang badan.Badan Pak Usu rengkek bawok seguni derian.[bA.dAn pAk u.su ÄEN.kE/ bA.wo/ s«.gu.ni d«.Äi.jAn]Badan Pak Usu membongkok kerana membawa seguni durian.
nyeng[øEN]kata adjektifberkenaan anggota badan yang luka parah atau hancur.Nyeng sebelah badan pon idop lagi.[øEN s«.b«.lAh bA.dAn pon idop lA.gi]Hancur sebelah badan pun masih hidup lagi.
lesi[l«.si]kata adjektifberkenaan tubuh badan yang lemah dan malas.Badan koi lesi beto, duo ari tak mandi.[bA.dAn koj l«.si b«.to du.wo A.Äi tA/ mAn.di]Badan saya lemah betul, dua hari tidak mandi.
regeh II[Ä«.geh]kata adjektifberkenaan orang dan haiwan yang kurus kering.Budak tu jok menagih badan doh regeh.[bu.dA/ tu dZ/ m«.nA.gih bA.dAn dh Ä«.geh]Budak itu sejak menagih badan sudah kurus kering.
ngege[NùE.gE] kata kerjakata kerja1. berkenaan keadaan membongkokkan badan kerana mengangkat sesuatu yang berat.Kesian kawan tengok dia ngangkat guni tu, sampe ngege.[k«.si.jAn kA.wAn tE.N/ di.j« NAN.kAt gu.ni tu sAm.pE NùE.gE]Kasihan saya melihat dia mengangkat guni itu, sampai membongkokkan badan.
gelumok[g«.lu.m/]kata kerjamenyelimut badan dengan sesuatu (seperti selimut, kain dan lain-lain).Malam tadi koi gelumok dengan selimot tebe, sebab sejok ngat.[mA.lAm tA.di koj .g«.lu.mut d«.NAn s«.li.mt t«.bE s«.bAb s«.dZo/ NAt]Malam tadi, saya selimut dengan selimut tebal sebab terlalu sejuk.
gebot[gE.bot]kata adjektifberkenaan tubuh badan yang herot.Lepaih eksiden tu muka Mamat jadi gebot.[l«.pAC ek.si.den tu mu.kA mA.mAt dZA.di gE.bot]Selepas kemalangan itu muka Mamat jadi herot.
keleheng[k«.lE.hEN]kata adjektifberkenaan anggota badan seperti tangan, kaki yang tidak sempurna kedudukannya.Pak Mat keleheng lehe kerane kemalangan.[pA/ mAt k«.lE.hEN lE.hE k«.ÄA.n« k«.mA.lA.NAn]Leher Pak Mat keleheng akibat kemalangan.
belonok[b«.l.n/]kata adjektifberkenaan keseluruhan badan seseorang atau haiwan yang berlumuran dengan kotoran.Awok jangan naek, pase kaki tu belonok dengan lumpo.[A.w/ dZA.NAn nA.e/ pA.se kA.ki tu b«.l.n/ d«.NAn lum.po]Awak jangan naik, sebab kaki tu berlumuran dengan lumpur.
ngelotek[N«.l.tE/]kata kerjamenggerakkan sebahagian anggota badan (berkenaan ekor, jari).Eko kucen ngelotek bile kepala kene usup.[E.k ku.tSen N«.l.tE/ bi.l« k«.pA.lA k«.n« u.sup]Ekor kucing bergerak-gerak bila kepalanya diusap.

Kembali ke atas