Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUHU BADAN

Suhu badan ialah ukuran haba dalam badan

haiwan. Badan haiwan mengeluarkan haba melalui

pembakaran makanan.Tetapi haiwan juga

kehilangan haba ke persekitarannya atau mendapat

haba dari persekitarannya.

UMUM 
MENGAWAL BERAT BADAN

Mengawal berat badan ialah proses

mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan

kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh

seseorang dengan amaun senaman yang

dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan

dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin

kurang lemak dalam badan. Mengawal berat

badan mempunyai kepentingan perubatan kerana

menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa

kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah

emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku

akibat keobesan.

UMUM 
SENAT

Senat ialah salah satu daripada dua badan yang

membuat undang-undang dalam kebanyakan

badan perundangan. Dalam banyak badan

perundangan ini, dewan perundangan yang satu

lagi dikenali sebagai dewan perwakilan . Dalam

kebanyakan kes, senat adalah dewan

perundangan yang lebih kecil. Banyak negara

mempunyai dewan perundangan Kebangsaan

berserta senat, termasuk Amerika Syarikat,

Kanada, Australia, Perancis, Itali dan Republik

Ireland.

UMUM 
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
ANESTESIA

Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa

sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan.

Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi

menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan

perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui

hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di

tempat tertentu pada badan. Sesetengah

kecederaan dan penyakit, terutamanya pada

sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan

deria rasa.

UMUM 
PROTESTANISME

Protestanisme ialah nama umum bagi beratus-

beratus mazhab dan taifah Kristian yang mempunyai

sedikit atau banyak perbezaan di antara satu sama

lain. Kira-kira 380 juta manusia – kira-kira tujuh

peratus penduduk dunia – tergolong dalam

pelbagai kumpulan Protestan ini. Di kalangan

badan-badan agama Kristian, hanya Gereja Roman

Katolik mempunyai ahli yang lebih ramai.

UMUM 
PERHIASAN BADAN

PERHIASAN BADAN, sesuatu yang dipakai oleh seseorang untuk tujuan menghias diri.  Perhiasan badan sering dikaitkan dengan wanita, tetapi ia juga dipakai oleh orang lelaki.  Perhiasan badan juga boleh merupakan tanda yang dibuat pada badan.

BUDAYAPakaian
BINA BADAN UMUM 
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU

BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat.

BAHASAKonsep
12345678910...

Kembali ke atas