Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menimbun1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencegah1 orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2 ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertanda1. tanda, alamat: per­tum­buhan badan-badan kesatuan sekerja me­rupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pem­berian ketika bertunang;Kamus Dewan Edisi Keempat
petanda1. tanda, alamat: per­tum­buhan badan-badan kesatuan sekerja me­rupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pem­berian ketika bertunang;Kamus Dewan Edisi Keempat
swastadimiliki sendiri (bukan milik kerajaan atau pemerintah): badan ~ badan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja. menswastakan memindahkan hak milik sesuatu per­khidmatan (perusahaan dsb) kerajaan kpd pihak swasta; menjadikan se­suatu sbg swasta. penswastaan hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raksasa-raksasaanbanyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar ber­hadap­an satu dgn lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
perancangorang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkanundiluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berurusan1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penyeludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing;Kamus Dewan Edisi Keempat
cegah; mencegah mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. pencegahan perbuatan atau hal men­cegah; penegahan. pencegah 1 orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2 ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas