Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Badan sudah dua senyawa.Sudah sehidup semati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar badan penat asalkan hati suka.Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar penat badan asalkan hati suka.Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bernafas keluar badan.Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana mulut badan binasa.Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya.Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah hati-hati; janji wajib ditepati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas