Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan berkanun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statutory bodybadan berkanunPentadbiranTiadaAgensi yang diperbadankan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri yang berperanan melaksanakan dan melancarkan fungsi jabatan kerajaan. Badan berkanun bersifat separa kerajaan yang bertujuan menjalankan aktiviti bercorak komersil atau separuh komersil. Sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran badan berkanun seperti fungsi, urusan perkhidmatan, peruntukan kewangan dan perjawatan diperuntukkan di bawah akta atau enakmen yang berkaitan. Contohnya, FELDA, MARA, FAMA dan RISDA.
statutory bodybadan berkanunGeografiTiadaTiada
statutory bodybadan berkanunSains PolitikTiadaTiada
statutory bodybadan berkanunUndang-undangTiadaPerbadanan yang wujudkan melalui statut.
breach of statutory dutypelanggaran kewajipan statutoriUndang-undangTiadaKegagalan organisasi atau individu mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan berkanun.
constitutional proprietykewajaran di sisi perlembagaanUndang-undangTiadaKewajaran melakukan sesuatu tindakan dilihat dari sudut perlembagaan, contohnya penubuhan badan berkanun dan syarikat kerajaan.
public corporationperbadanan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti sektor perindustrian, pertanian, kewangan, perniagaan, pendidikan, pembangunan wilayah, latihan dan sebagainya.Tujuan penubuhan perbadanan awam adalah untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan dalam aktiviti yang melibatkan sektor swasta tidak mahu menceburinya kerana kurang menguntungkan dan memerlukan modal yang besar. Perbadanan awam wujud berikutan peningkatan kehendak persekitaran, taraf hidup dan pembangunan ekonomi. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Bukan Berkanun. Antara contoh perbadanan awam di Malaysia ialah PKEN, BERNAS, PERNAS, FELDA, MARA dan FAMA.


Kembali ke atas