Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam.Saya ingin bertanya adakah sesuatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat pemantauan daripada pihak DBP? hal ini kerana, beberapa bulan yang lepas, saya terbaca surat yang dikeluarkan oleh pihak bomba terdapat banyak kesalahan bahasa termasuk ejaan lama. bukankan surat tersebut merupakan surat rasmi dan sebagai satu badan yang dikenali umum, saya berpendapat kesalahan tersebut tidak wajar dilakukan. diharap pihak DBP dapat memantau hal ini.terima kasih.Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peyemak atau memantau surat daripada mana-mana agensi secara langsung. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa untuk masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan di jabatan masing-masing.  Lain-lain24.10.2008
Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan.Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta.Makna28.02.2007
Sejak kebelakangan ini saya sering menemui perkataan 'memudahcarakan' dalam beberapa artikel, contohnya dalam tajuk berita di Bernama - 'Malaysia memudahcarakan dasar industri broker saham untuk pacu inovasi'. Malah perkataan tersebut juga diguna pakai oleh beberapa GLC dan badan kerajaan dalam penulisan mereka. Soalan saya, adakah perkataan 'memudahcarakan' ini diterima pakai kerana saya tidak menemuinya dalam daftar kata DBP. Atau,adakah perkataan ini pernah dicadangkan penggunaannya? Jika ya, apakah definisinya? Jika tidak, wajarkah perkataan ini diguna pakai?

Untuk makluman tuan, perkataan tersebut tiada dalam daftar kata DBP.  Terdapat perkataan pemudah cara dalam bahasa Melayu yang bermaksud orang (pihak) yang memudahkan sesuatu tindakan atau proses. Walau bagaimanapun, kata dasar mudah cara tiada dalam data yang mewajarkan pembentukan perkataan melalui imbuhan apitan. Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar menggunakan perkataan yang lain seperti memudahkan cara, cara yang mudah jika bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa19.10.2020
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu.

Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah  Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS),    Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. 

 

Lain-lain15.01.2011
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMANTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini.Tatabahasa16.02.2015
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri.

.

Lain-lain26.11.2008
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
Wajarkah singkatan NGO digantikan dengan BBK atau OBK (Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan)?

Singkatan NGO telah diterima pakai dan difahami sebagai singkatan kepada Badan Bukan Kerajaan dan tidak perlu mengubahnya kepada singkatan yang lain.  

Istilah05.03.2009
Baru baru ini saya dapat membaca perkataan komensmen di laman sesawang kementerian pendidilan malaysia, http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4778 apa yang saya berasa hairan ialah, adakah ini istilah rasmi yang patut digunakan dalam laman sesawang rasmi sesebuah agensi kerajaan yang sepatutnya menggunakan bahasa rasmi?Komensmen tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam konteks yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan yang betul ialah "Majlis Pembukaan...". Kami bersetuju dengan pandangan tuan, sebuah badan kerajaan seharusnya menggunakan bahasa yang betul dalam paparan rasminya.Istilah10.05.2015
Apa maksud badan bebas?Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaanMakna27.05.2008
12345

Kembali ke atas