Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARKIB

Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib

berbeza-beza daripada arkib negara yang besar

sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej

atau di premis syarikat swasta.

Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib.

Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali

sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini

merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah

tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan

tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan

landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian

mengenai keluarga tempatan.

UMUM 
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PORT LOUIS

Port Louis (pend. 138 482) ialah ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan terkemuka

Mauritius, negara pulau di Lautan Hindi. Port Louis

terletak di tanah pamah di pantai barat laut pulau

ini yang juga dikenali sebagai Mauritius. Untuk

lokasi, lihat Mauritius (peta). Industri utama bandar

ini ialah pembuatan tekstil, loji memproses

makanan, syarikat perkapalan, dan badan kerajaan.

Gula merupakan keluaran utama Mauritius yang

dieksport melalui Port Louis.

UMUM 
BALAI PUSTAKA

BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya.

BAHASABandar/Negeri/Negara/Tempat
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan

utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan

dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk

mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan

beberapa program kebajikan pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

UMUM 
PERDANA MENTERI

Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua

negara – raja atau permaisuri di negara

pemerintahan beraja atau presiden di negara

republik – melantik perdana menteri. Di

kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh

melantik pemimpin parti yang mempunyai suara

majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan

campuran. Perdana menteri dan kabinet

bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini

bermakna perdana menteri dan Kabinet patut

meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan

menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem

ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet

(lihat Kabinet ).

UMUM 
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM

Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang

dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab

terhadap semua aspek pemuliharaan alam di

United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini

dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza.

Organisasi itu ialah Countryside Council for

Wales, English Nature, dan Scottish Heritage.

Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam

menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi

wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar

tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan

alam negara, menentukan tempat-tempat yang

mempunyai kepentingan saintifik, dan

bertanggungjawab kepada penentuan simpanan

alam laut.

UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
BIRO KESUSASTERAAN BORNEO

BIRO KESUSASTERAAN BORNEO, jabatan dalam kerajaan Sarawak dan Sabah, khususnya menampung semua keperluan yang berkaitan dengan kesusasteraan.  Biro ini ditubuhkan pada 15 September 1959, dan dikendalikan atas dasar separa-perdagangan, iaitu bekerjasama dengan badan-badan lain dalam perdagangan buku.

SASTERAInstitusi/Organisasi
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
123

Kembali ke atas