combination bond | bon kombinasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang diterbitkan oleh badan-badan kerajaan yang disokong dengan kebolehpercayaan dan hasil daripada projek yang dibiaya. |
organ (of state) | badan (kerajaan) | Sejarah | Tiada | Tiada |
administrative agency | agensi pentadbiran | Undang-undang | Tiada | badan kerajaan yang melaksanakan atau mentadbirkan undang-undang. |
national tourism authority (NTA) | lembaga pelancongan kebangsaan (NTA) | Pelancongan | Tiada | Badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap urusan pembangunan industri pelancongan pada peringkat kebangsaan. |
jurisdictional boundary | sempadan bidang kuasa | Sosiologi | Tiada | Batas kawasan yang mengehadkan kuasa sesuatu badan kerajaan. |
jurisdictional boundary | sempadan bidang kuasa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Batas kawasan yang mengehadkan kuasa sesuatu badan kerajaan. |
droit administrative | undang-undang pentadbiran | Sejarah | Tiada | 1. Undang-undang pentadbiran di Perancis.,2. Undang-undang pentadbiran di benua Eropah yang mengecualikan badan kerajaan dikenakan sebarang tindakan kecuali oleh tribunal pentadbiran. |
act of the executive | tindakan eksekutif | Sains Politik | Tiada | Tindakan oleh badan kerajaan yang berkuasa melaksanakan dasar-dasar negara yang telah digubal oleh badan legislatifnya. |
distributive policy | dasar pengagihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang dibentuk untuk menyelaraskan pengagihan peruntukan dari segi kewangan, keperluan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat oleh badan kerajaan dan agensinya. Dasar ini penting untuk memastikan kekayaan negara dapat diagihkan secara saksama dan sama rata. Pengagihan yang seimbang akan menjamin keamanan negara, keselamatan sosial dan kesejahteraan rakyat. Contohnya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjamin dan mempertingkatkan taraf kesihatan dan kebajikan rakyat. |
governmental body | badan kerajaan | Pentadbiran | Tiada | Badan pemerintahan atau komponen kerajaan yang memiliki autoriti dalam bidang tugas yang telah diperuntukkan kepadanya. Badan ini telah diberikan autoriti untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan di samping menguatkuasakan arahan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh pihak pemerintahan yang lebih tinggi. Bidang kuasa badan ini mencakupi semua aspek pentadbiran yang melibatkan keseluruhan urus tadbir yang berkaitan. Tindakan badan ini sering kali dikaitkan sebagai tindakan kerajaan memandangkan ia memiliki kuasa pelaksanaan atau pemerintahan. Contohnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Polis, Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah. |