Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political groupkelompok politikPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian penting yang memiliki kuasa dan penentu keputusan dalam sesuatu pemerintahan, pentadbiran atau organisasi. Badan politik ini memainkan peranan utama dalam merancang arah tuju atau kesinambungan organisasi tersebut seperti institusi legislatif dan eksekutif bagi sebuah pemerintahan demokrasi atau jawatankuasa tertinggi mahupun lembaga pengarah bagi sesuatu jabatan pentadbiran atau badan korporat. Contoh, Ahli Majlis Bandaran adalah merupakan badan politik yang tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan termpatan.

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.

duumvirateperintahan berduaSejarahTiada1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting.
centralismfaham kepusatanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang melibatkan proses membuat dasar atau keputusan sesebuah organisasi yang terletak kepada seseorang individu atau satu badan yang tertinggi kuasanya. Dalam disiplin ilmu politik, fahaman ini merujuk kepada pemusatan kuasa kerajaan secara geografi atau politik. Terdapat kelebihan tertentu dalam fahaman ini, seperti keupayaan membuat keputusan dengan segera, mengurangkan perdebatan, mengelak karenah birokrasi dan membolehkan perancangan rapi serta terarah tanpa melibatkan pihak lain. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti badan pusat sentiasa terdedah kepada sasaran kritikan terhadap kualiti dan dasar perkhidmatan serta meletakkan keseluruhan perkhidmatan di bawah tanggungjawab satu badan sahaja akan menyebabkan keseluruhan perkhidmatan tidak berfungsi apabila salah satu bahagian terganggu. Contohnya, sistem pentadbiran dan ekonomi negara komunis China mengamalkan fahaman ini.
politburopolitburoSains PolitikPolitik PerbandinganLembaga eksekutif tertinggi dalam Parti Komunis dan negara Soviet Union dahulu. Badan ini diketuai oleh seorang Setiausaha yang mentadbir parti dan negara bersama sekumpulan kecil pemimpin kanan parti yang sangat berkuasa. Mereka berperanan besar dalam menguruskan pentadbiran negara seperti menentukan calon presiden, menetapkan perancangan ekonomi negara, mempengaruhi dasar luar dan memutuskan tindakan negara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya Soviet Union sebelum keruntuhannya pada awal dekad l990-an dahulu.

Kembali ke atas