Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fixed shifsyif tetapPentadbiranTiadaSesebuah badan perniagaan yang membahagikan masa kerja buruh kepada beberapa syif tertentu seperti tiga atau empat syif dalam masa 24 jam.
equityekuitiEkonomiEkonomi IslamBahagian pemilikan dalam sesuatu badan perniagaan atau korporat. Mengikut prinsip syariah, cara pemilikan ekuiti dilakukan melalui konsep musyarakah dan mudarabah. Kaedah pemilikan melalui konsep mudarabah memberi ruang kepada pelabur menyumbangkan modal dan pengusaha menguruskan entiti tersebut. Manakala dalam pemilikan musyarakah, kedua-dua pelabur dan pengusaha menyumbangkan modal masing-masing. Ekuiti boleh bertambah dari semasa ke semasa melalui sumbangan tambahan modal, rizab dan perolehan tertahan. Pemilik ekuiti berhak menuntut keuntungan dan bertanggungjawab menanggung kerugian.
multinational corporationsyarikat multinasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang pertelingkahan antara pihak berkontrak diselesaikan menurut undang-undang antarabangsa melalui proses timbang tara antarabangsa.
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara.
private proprietary stampssetem hak milik persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaSetem hasil yang dikeluarkan pada masa silam oleh badan perniagaan di A.S untuk keluaran barangan mereka misalnya buah bertin, ubat,mancis dan sebagainya. Setiap setem mengandung jumlah bayaran termasuk jumlah yang dibayar kepada kerajaan sebagai cukai.
precancelled stampssetem prabatalPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang mempunyai cap pos atau tanda batal yang dikhaskan untuk kegunaan badan perniagaan bagi pengeposan barang secara pukal khususnya di Kanada dan Amerika pada masa silam.
nationalisationpemiliknegaraanPentadbiranPentadbiran Awam

 Harta atau aset kepunyaan peribadi atau swasta yang diambil oleh pemerintah, sekali gus menarik hak pemilikan peribadi atau swasta tersebut. Kerajaan membuat tindakan ini kerana faktor kepentingan negara, orang ramai atau kerana melaksanakan sesuatu dasar atau ideologi tertentu. Pemiliknegaraan sering berlaku dalam negara komunis atau sosialis. Badan perniagaan yang biasanya menjalankan pemiliknegaraan merupakan organisasi besar seperti bank, syarikat pengangkutan, minyak, air dan tenaga. Konsep pemiliknegaraan adalah bertentangan dengan dasar penswastaan. 

combination bondbon kombinasiPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang diterbitkan oleh badan-badan kerajaan yang disokong dengan kebolehpercayaan dan hasil daripada projek yang dibiaya.
transnationaltransnasionalSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang melampaui sempadan sesebuah negara. Keadaan tersebut berpunca atau terbentuk dari sebuah negara dan kemudiannya berkembang serta bertapak di negara lain. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh didapati di pelbagai negara. Keadaan itu juga melambangkan sifatnya yang sudah begitu mantap dan terkenal. Contohnya, pertubuhan multinasional seperti Kodak dan Sony yang merupakan badan perniagaan bersifat transnasional.
franchise stampsetem francaisPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada sesuatu organisasi atau badan-badan amal sebagai tanda kebenaran menghantar surat secara percuma.
12345678910...

Kembali ke atas