badang | badang | Kesenian | Tiada | Nyiru bulat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihiasi anyam tulang belut, dan digunakan sebagai hiasan dinding, menampi padi dan tempat jemur ikan. |
chassis | casis | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Himpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badang kenderaan. |
kui | kui | Muzik | Tiada | Muzik vokal kaum Kenyah-Badang di Sarawak yang dipersembahkan sebelum proses menyemai benih padi. Kui dinyanyikan oleh penyanyi solo lelaki dan korus. Persembahan ini melibatkan semua penduduk rumah panjang yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Dalam lagu ini, penyanyi memberi hormat kepada dewa padi dan memohon hasil tanaman yang baik. Sinonim kue. |
heroic legends | legenda wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Kisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu. |
slip casting | cetak tuang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik yang digunakan untuk menghasilkan tembikar tanah. Tanah liat yang cair dituangkan ke dalam acuan yang tersedia. Proses penuangannya dilakukan secara berulang-ulang. Setiap lapisan dibiarkan seketika agar tanah liat tersebut membeku dan mengeras. Proses ini dilakukan sehingga ketebalan tembikar tanah diperoleh. Teknik ini boleh dikesan kerana bahagian luar badang tembikar agak halus, berbanding bahagian dalamnya yang agak kasar. |
kidiu | kidiu | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon bebas. Kidiu terdiri daripada sekeping kayu berbentuk bujur yang dipasang pada tali dan pemegang. Seorang pemain akan mengayunkan alat tersebut secara pantas untuk menghasilkan pic tertentu. Dua alat muzik ini biasanya dimainkan oleh dua orang secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan pic dan rentak tertentu. Kidiu dimainkan oleh suku kaum Kenyah-Badang di kawasan padi bukit semasa padi dituai untuk menghalau serangga perosak. Alat ini juga dimainkan oleh Orang Ulu di Sarawak. |