Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dang] | بادڠ

Definisi : nyiru yg besar (yg digunakan utk menjemur bahan-bahan makanan supaya tahan lebih lama, utk membawa barang, dll); ~ jarang Kl a) pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat; b) mulut yg tidak dapat menyimpan rahsia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.dang] | بادڠ

Definisi : alat spt nyiru yg digunakan utk menampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi.Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan.Lain-lain15.11.2015

Kembali ke atas