Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dang] | بادڠ

Definisi : nyiru yg besar (yg digunakan utk menjemur bahan-bahan makanan supaya tahan lebih lama, utk membawa barang, dll); ~ jarang Kl a) pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat; b) mulut yg tidak dapat menyimpan rahsia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.dang] | بادڠ

Definisi : alat spt nyiru yg digunakan utk menampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
badangbadangKesenianTiadaNyiru bulat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihiasi anyam tulang belut, dan digunakan sebagai hiasan dinding, menampi padi dan tempat jemur ikan.
chassiscasisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHimpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badang kenderaan.
kuikuiMuzikTiada

 Muzik vokal kaum Kenyah-Badang di Sarawak yang dipersembahkan sebelum proses menyemai benih padi. Kui dinyanyikan oleh penyanyi solo lelaki dan korus. Persembahan ini melibatkan semua penduduk rumah panjang yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Dalam lagu ini, penyanyi memberi hormat kepada dewa padi dan memohon hasil tanaman yang baik. Sinonim kue.

heroic legendslegenda wiraanKesusasteraanTiadaKisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu.
slip castingcetak tuangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik yang digunakan untuk menghasilkan tembikar tanah. Tanah liat yang cair dituangkan ke dalam acuan yang tersedia. Proses penuangannya dilakukan secara berulang-ulang. Setiap lapisan dibiarkan seketika agar tanah liat tersebut membeku dan mengeras. Proses ini dilakukan sehingga ketebalan tembikar tanah diperoleh. Teknik ini boleh dikesan kerana bahagian luar badang tembikar agak halus, berbanding bahagian dalamnya yang agak kasar.
kidiukidiuMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon bebas. Kidiu terdiri daripada sekeping kayu berbentuk bujur yang dipasang pada tali dan pemegang. Seorang pemain akan mengayunkan alat tersebut secara pantas untuk menghasilkan pic tertentu. Dua alat muzik ini biasanya dimainkan oleh dua orang secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan pic dan rentak tertentu. Kidiu dimainkan oleh suku kaum Kenyah-Badang di kawasan padi bukit semasa padi dituai untuk menghalau serangga perosak. Alat ini juga dimainkan oleh Orang Ulu di Sarawak.


Kembali ke atas