Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bad.min.ton] | بدمينتون

Definisi : sj permainan yg dimainkan dgn raket dan bulu tangkis yg dipukul mengatasi jaring tinggi, dan melibatkan dua atau empat pemain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bad.min.ton] | بدمينتون

Definisi : permainan yg dimainkan dgn menggunakan raket dan bulu tangkis di lapangan tertentu yg dipasangi jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badminton


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Persatuan Badminton Malaysia (Badminton

Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu

persatuan sukan yang terulung di Malaysia.

Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang

Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11

November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa

kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika

yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun

1931.

UMUM 
BADMINTON

Badminton, permainan yang menggunakan raket dan bulu tangkis. Permainan ini berasal dari India.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SYLVIA NG

Sylvia Ng (1950– ), pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada tahun 1950 di Johor Bahru. Nama

sebenarnya ialah Ng Meow Eng.

Sylvia merupakan juara kebangsaan badminton

sebanyak enam kali, iaitu bermula pada tahun 1972.

Dia juga terpilih sebagai pemain badminton terbaik

negara pada tahun 1970, 1973 dan 1974.

UMUM 
RAZIF SIDEKPemain badminton negaraSUKANTokoh
PIALA THOMASPiala pertandingan badminton bagi lelaki.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PIALA UBERTrofi kemenangan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Wanita.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
RUDY HARTONO KURNIAWAN

jaguh badminton Indonesia dan juara All England 8 kali.

SUKANTokoh
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
KELUARGA SIDEK

Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato’ Sidek

yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak

Dato’ Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani,

Rahman, Rashid, dan Zamaliah.

UMUM 
12

Kembali ke atas