Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai] | باݢاي

Definisi : 1 seperti: ~ kucing dgn anjing. 2 banding; persamaan: Kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya. berbagai ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. berbagai-bagai bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. bagaikan umpama; laksana. pelbagai berbagai-bagai. mempelbagaikan menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. sebagai 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bagai Seekor Lebah dengan Sepasang Sayap SyukurM. ArifMingguan Malaysia07.12.2008
Bagai menunggang kudaHajar Nur Addni Md YusoffKosmo18.07.2008
Bagai mencari harta karun: anda mungkin akan menemui buku berusia lebih daripada 10 tahun...Johanna A. SobreyKosmo09.04.2008
Bagai Lalang ItuMaimunah MaranUtusan Zaman12.09.1993
Bagai Segumpal KapasHaron A. HBerita Minggu16.06.1996
Bagai Suatu KegilaanMd. Nizar ParmanUtusan Malaysia20.12.1996
Bagai Sebuah kematianZaidin AbadiBerita Minggu07.09.1997
Bagai Kepulan Asap Yang Mengaburi PandanganLinda Mohd. NorMingguan Wanita28.08.1998
Bagai SerupaS. M. SalimBerita Harian29.08.1998
Bagai 'sirih pulang ke gagang' - KemalaTiadaBerita Harian20.11.1985
12345678910...

Kembali ke atas