Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai] | باݢاي

Definisi : 1 seperti: ~ kucing dgn anjing. 2 banding; persamaan: Kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya. berbagai ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. berbagai-bagai bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. bagaikan umpama; laksana. pelbagai berbagai-bagai. mempelbagaikan menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. sebagai 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glutenglutenKimiaBiokimiaCampuran berbagai-bagai-bagai protein, seperti gliadin, glutenin, globulin dan albumin predominat, yang mengandungi 18 asid amino, tidak larut di dalam air, bersifat hidrofilik, dan terdapat di dalam gandum dan biji-bijian.
tallowlemak lembuKimiaTiadaBahan yang mengandungi berbagai-bagai-bagai jenis gliserida dan biasanya diperoleh secara peleburan tisu lemak lembu. lemak lembu digunakan dalam pembuatan lilin, sabun dan bahan pelincir.
peringkatorderMatematikTiadaIstilah yang digunakan dalam berbagai-bagai-bagai konteks untuk menunjukkan sesuatu bilangan, seperti peringkat matriks, dan peringkat persamaan pembezaan. Bandingkan tertib.
iridescenceiridesensFizikOptikCorak pelangi berwarna yang terjadi kerana interferens cahaya berbagai-bagai-bagai jarak gelombang yang terpantul daripada lapisan atau bahan.
dispersive powerkuasa sebaranFizikOptikUkuran kuasa suatu medium untuk mengasingkan berbagai-bagai-bagai warna cahaya yang diberikan oleh:
resistanceketahananBiologiPatologiKeupayaan perumah secara nisbi melawan patogen atau metabolitnya hingga gejala penyakit tidak parah. Terdapat berbagai-bagai-bagai jenis ketahanan yang ditinjau daripada berbaga-bagai aspek. lih. toleransi bd. kerentanan.
character stateskeadaan ciriBiologiGenetikKeadaan apabila satu ciri boleh diekspresikan dalam berbagai-bagai-bagai tahap pada organisma yang berlainan.
energytenagaFizikMekanikKemampuan sesuatu sistem atau jasad melakukan kerja yang dapat wujud dalam berbagai-bagai-bagai bentuk.
protoplasmprotoplasmaBioteknologiTiadaBahan yang terkandung dalam sel hidup termasuk sitoplasma dan nukleus dan berbagai-bagai-bagai organel lain.
primary colourwarna primerFizikOptikTiga warna iaitu merah, biru dan hijau yang boleh digabungkan dalam berbagai-bagai-bagai perkadaran untuk menghasilkan sebarang cabang warna yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas