Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.kan] | باݢايکن

Definisi : umpama; laksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaikan

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Buah sukun bagaikan nangka, Bila digoreng rasanya sedap; Sudah kususun rangkaian kata, Adik berpaling mataku gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rasanya manis bagaikan gula, Dibuat pengat bertambah nikmat; Sengketa habis hilang bala, Selamatlah umat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Ada untungnya membeli gula, Sekali rasa bagaikan madu; Ada untungnya berlaki tua, Bini dimanja tidur dipangku.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tikar pandan dijual murah, Putih melepak bagaikan upih; Biar badanku menjadi tanah, Kasihku tidak akan beralih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh tinggi batang kekabu, Bunganya putih bagaikan kipas; Sungguh terpuji orang berilmu, Mukanya bersih hati pun iklas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila masak cepat ditebang, Rasanya manis bagaikan gula; Supaya tidak mendapat malang, Sengketa habis hilanglah bala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tumbuh lalang di tepi teratak, Semilunya tajam bagaikan panah; Sungguh malang berbini banyak, Satu berhentam semua menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas