Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.kan] | باݢايکن

Definisi : umpama; laksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaikan

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diaphanousdiafanKesusasteraanPuisiPuisi yang mudah difahami dan dihayati. Lazimnya membawa makna selapis. Contohnya, puisi "Di Tengah Segara" karya Pungguk. Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak biasa.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye.

Kembali ke atas