Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bagaimana Acuan Begitulah KuihnyaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Bagaimana dan mengapa kita perlu menghafal al-Quran?Pustaka AsaTiada1986 
Bagaimana Nabi S. A. W. berhaji dan berumrah??Pustaka AsaTiada1984 
Bagaimana memotivasikan setiap pekerja Tiada2005983-3219-03-9
Bagaimana sayap emas belajar terbangPustaka Melayu Baru Sdn. Bhd.Tiada1979 
Bagaimana sikap muslim menghadapi masalah khilafiyahBulan BintangTiada1975 
Bagaimana mengendalikan kumpulan QCPerbadanan Produktiviti NegaraTiada1994983-9095-02-1
Bagaimana menulis dan menterjemah buku-buku keislaman bermutu?Al-HidayahTiada2006983-099-649-2
Bagaimana tulisan bermulaFederal Publications Sdn. Bhd.Tiada1980 
Bagaimana ukuran bermulaFederal Publications Sdn. Bhd.Tiada1980 
12345678910...

Kembali ke atas