Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana jepun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun.Ejaan20.03.2012
Bagaimana hendak mempelajari Bahasa Jepun di Malaysia.Sila hubungi Pusat bahasa di Institusi Pengajian Tinggi  atau Institut Hubungan Luar dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri untuk maklumat lanjut.Lain-lain05.01.2009
Jelaskan bagaimana bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa besar dunia.Bahasa Melayu diajarkan di beberapa universiti di luar negara antaranya di negeri China, Jepun, Korea, Thailand dan Australia. Bahasa Melayu digunakan oleh para penyelidik di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu diterima dan digunakan di dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahasa Melayu diterima dan digunakan dalam persidangan,seminar, forum dan seumpamanya di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di peringkat antarabangsa.Lain-lain26.09.2007
saya telah merujuk lembar bahasa dari laman ini juga. 1. tetapi saya keliru untuk membezakan antara ejaan 'adik-beradik', kenapa perlu ada sempang sedangkan adik dan beradik ada maknanya yang tersendiri. 'Ambil alih" pula tidak diletakkan sempang. 2. Bagaimana pula untuk membezakan ejaan yang menggunakan kata 'anti' yang mesti dijarakkan atau disambungkan. Misalnya antirasuah dengan anti-Jepun.Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih  dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas  diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun). Tatabahasa18.03.2008
Salam DBP, Saya ingin bertanya tentang kata imbuhan anti. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan anti digabungkan bersama dengan perkataan lain, seperti kata nama asal dan terbitan. Adakah ini dipraktiskan untuk semua jenis kata nama am tidak kira kata nama asal atau terbitan. Dalam internet, kebanyakan kata nama terbitan di eja secara jarak. Cohtoh dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga .antijirim .antikemajuan .antipenjajah Bagaimana perkataan berikut, adakah betul? .antipendarahan .antiperiuk api .antianai-anai .antigolongan syiah .antimoderat .anti-Amerika .anti-Jepun .anti-Hamas Terima kasih.

Seperti yang diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, anti- ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan kata nama am yang mengikutinya kecuali jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang.

Ejaan perkataan yang menggunakan imbuhan anti- yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. antipendarahan
  2. antiperiuk api
  3. antianai-anai
  4. anti-Syiah
  5. antimoderat
  6. anti-Amerika
  7. anti-Jepun
  8. anti-Hamas

 

Tatabahasa02.06.2014

Kembali ke atas