Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gas] | باݢس

Definisi : 1. (bkn angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (bkn badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yg mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gas] | باݢس

Definisi : 1 kencang (bkn angin), kuat: Angin paksa sedang kencang ~; 2 tegap (bkn badan); kuat. kebagasan keadaan bagas (tegap): ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'.Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang.Lain-lain15.03.2019
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016

Kembali ke atas