Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gin.da] | بݢيندا

Definisi : kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gin.da] | بݢيندا

Definisi : 1 kata yg digunakan sbg gelaran di pangkal nama seseorang raja atau sultan: ~ Sultan Mansur Syah. 2 dia atau beliau (digunakan utk raja-raja): ~ sedang bersemayam di atas singgahsana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baginda

Puisi
 

Seri Baginda raja di Acheh,
     Mandi bersiram si air mawar;
Sudah bertemu dengan kekasih,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya/baginda (-nya/baginda) diserang hendap oleh musuh. Yang mana satu betul Terima kasih.

Kedua-duanya betul.

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya diserang hendap oleh musuh.

dan

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tentera baginda diserang hendap oleh musuh.

Tatabahasa18.12.2023
Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul untuk mengeja kerajaan Islam Mughal/Moghul di India? 2. Ganti nama "baginda" yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar (baginda/Baginda?? Terima kasih

Salam sejahtera,

1. Mughal http://mashajirismail.wordpress.com/2011/02/02/sejarah-peradaban-islam-pada-kerajaan-mughal-india/
2. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar.

Ejaan27.11.2012
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan berkaitan penggunaan "baginda" dalam ayat. Sekiranya "baginda" digunakan untuk merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, adakah "baginda" ditulis dalam huruf besar? Bagaimanakah pula untuk "baginda" yang merujuk kepada nabi-nabi yang lain selain Nabi Muhammad serta yang merujuk kepada raja, khalifah atau Agong? Adakah penggunaannya ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil? Sekian, Terima kasih.1. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar.

2. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil.
Lain-lain15.06.2021
Jika kita menulis ayat apakah kata sapaan `baginda’ kepada Rasulullah SAW itu seperti perlu `baginda’ (`b’ huruf kecil atau `Baginda’ (`B’ huruf besar) dalam konteks di tengah-tengah ayat. Contoh: Dalam perjalanan ke medan perang Badar itu, baginda mengarahkan tentera … Apakah peraturan ini juga terpakai kepada ganti nama sultan di Malaysia? Sultan Muhamad IV berangkat menemui keluarga baginda di…’"Baginda" merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. 
Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil.
Ejaan07.09.2018
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasihMerentas etnik lebih tepat.Lain-lain17.07.2019
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah bagindaBaginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
Baginda ________ di Istana Meranti itu semenjak ditabalkan sebagai Sultan di Kebayat Negara. Saya nak tahu apakah maksud kebayat negara?
Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan puteri dari China.
Sastera05.03.2020
Soalan Kata Baginda adalah kata ganti nama diri ketiga bagi Raja. Pertanyaan saya, adakah pangkal huruf ‘b’ perkataan baginda itu huruf besar atau kecil apabila berada di tengah ayat? Contoh : Hasrat baginda itu merupakan asas kepada penubuhan kerajaan sendiri bagi Negara Brunei Darussalam.Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa30.04.2014
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih.Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama RakyatLain-lain30.04.2018
"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. Adakah baginda atau tuanku?Kata ganti nama yang tepat ialah bagindaBaginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja.Tatabahasa22.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas