Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah suku kata yang betul bagi perkataan Kaabah? i) Ka a bah ii) Kaa bahMenurut data kami ejaan yang betul ialah Kaabah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaabahEjaan17.12.2015
apakah makna sekali air bah ; sekali pantai berubah?Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah.Makna05.02.2008
makna kata baidalan; sekali air bah; sekali pantai berubahMaksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga.Makna05.02.2008
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Istilah26.12.2018
Makna AMPUHMenurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina.Makna20.11.2007
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJANBencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.).  Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.08.2008
bencana dan bencana alam dari sudut geografiBencana bermaksud bahaya atau kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah (gempa,angin ribut dan lain-lain). Untuk melihat maksud bencana/bencana alam dari aspek teknikal sila rujuk ensiklopedia atau buku yan berkaitan.  Makna25.10.2009
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan?Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih.Lain-lain18.04.2008
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar di University of Sheffield dan kini sedang menjalankan kajian berkaitan bencana - banjir. Saya sedang mencari asal usul beberapa perkataan (etimologi) yang akan digunakan di dalam kajian saya seperti: 1) bencana/ musibah 2) banjir/bah 3) kampung & perkampungan Namun saya tidak berjaya mencari sumber maklumat tersebut melalui online. Diharap pihak DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih. Nor Izura TukimanW'salam:
 Sehingga kini pihak DBP tidak menerbitkan buku estimologi nama-nama tempat atau mempunyai data khusus tentang estimologi asal usul perkataan. Walaupun begitu, saya mencadang pihak puan menghubungi terus Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP (03-21479676 Ketua Bahagian) dan Bahagian Perkamusan DBP ( 03-21479686 Ketua Bahagian) bertanyakan terus hal tersebut. Sekian, terima kasih.
Makna13.10.2016
Salam DBP. Pertukaran ATAU penukaran pendapat ? Dan, apakah perbezaan antara mrk. TKasihYang betul ialah pertukaran pendapat, iaitu perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya); manakala penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), seperti penukaran cenderamata.
Tatabahasa09.07.2021
12

Kembali ke atas