Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belahan drpd sesuatu benda: benda itu dikerat menjadi empat ~; dua ~ sl dua pertiga; tiga ~ sl tiga perempat;membahagi 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;membahagikan 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan;membahagi-bahagikan 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah;terbahagi dibahagi, dibahagikan;bahagian 1. hasil drpd membahagi: dibahagikan kpd tiga ~; 2. penggal (buku, cerita, dll): ~ terakhir buku itu tidak menarik; 3. hak atas barang yg dibahagi, habuan: ~ saya belum saya terima lagi; 4. sesuatu (benda, alat, dll) yg menyempurnakan barang yg lain: ~ tubuh; 5. unit dlm sesuatu jabatan (syarikat dll) yg menjalankan fungsi tertentu: ~ kewangan; 6. untung nasib: setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;sebahagian setengah, segolongan;pembahagian perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya;pembahagi 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penggal atau belahan drpd sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : belahan drpd sesuatu: penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10÷2 atau atau 2 10 = 5). membahagi 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tidak berbelah bagi ke tidak berbelah bahagi? mentua ke mertua? jawapan atau jawaban?Kedua-duanya boleh digunakan, tidak berbelah bagi atau tidak berbelah bahagi. Ejaan yang betul ialah mentua. Perkataan jawaban dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Tatabahasa30.07.2010
SPLIT PERSONALITY(i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAHIstilah07.04.2011
Mohon terjemahan bahasa melayu yang bersesuaian bagi ayat Only One Earth iaitu tema bahagi Hari Alam Sekitar Sedunia 2022Cadangan  sesuai bagi 'Only One Earth' ialah "Bumi yang Satu" atau "Hanya Satu Bumi"Makna15.12.2021
Tuan/Puan, Mohon penjelasan, adakah pengunaan perkataan KE ATAS bagi ayat seperti di bawah adalah betul? Permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata Untuk Pecah Bahagi Bangunan Ke Atas Hakmilik PM8659, Lot 101830, Mukim Petaling. Sekian, terima kasih.Merujuk kepada ayat yang dikemukana, penggunaan yang berul ialah ATAS Tatabahasa08.05.2019
Sumber ayat adalah berlatarbelakangkan persingan Parlimen. Apakah bentuk ejaan 'kerajaan' dan pembangkang' perlu menggunakan huruf besar pangkal perkataan seperti contoh ayat yang berikut; "Pihak kerajaan menang dalam undi belah bahagi yang dicadangkan oleh pihak pembangkan" Sekian terima kasih.

Perkataan kerajaan dan pembangkang tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya, maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Kerajaan Malaysia.

Ejaan11.01.2022
frasa berbelah bagi betul atau berbelah bahagia betul? atau kedua-duanya betul? ibu mentua betul atau ibu mertua?Ejaan yang betul ialah "berbelah bagi" atau "berbelah bahagi". Ejaan "berbelah bahagia" adalah salah. Manakala ejaan yang betul bagi "mentua" ialah "ibu mentua".Istilah30.09.2014
Saya ingin bertanya, perbezaan antara perkataan 'peratus', 'kadar', peratusan', dan penggunaan ketiga-tiga perkataan dalam konteks ayat. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud peratus ialah perseratus, seperatus satu di­-bahagi dengan seratus. Maksud kadar pula ialah nilai. Bgai maksud peratusan pula ialah kadar atau bilangan mengikut peratus. Makna14.06.2016
makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alirKadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya.Istilah23.03.2007
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u.

Sdr. Logiswari,

1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60?

2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10.

Tatabahasa19.04.2010
Bagaimana untuk menterjemah "Network Quotient" ke dalam BM?Istilah Network Quotient masih belum ada lagi dalam sistem carian PRPM kami. Merujuk kepada Kamus Komputer maksud Network ialah Rangkaian manakala maksud Quotient ialah darjah, hasil bahagi atau respirasi. Maksud yang sesuai bagi Network Quotient ialah Darjah Rangkaian. Makna31.10.2016
12

Kembali ke atas