Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : aman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagia

Peribahasa

Tuah anjing,
     celaka kuda.

Bermaksud :

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bambarayon Kd, Tbsemangat padiSetelah menikmatinya, bambarayon akan memindahkan roh-roh mereka yang berpindah ke rumah baharu. Dan mereka pun akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka, tau?”SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tegunggu Kd Pn, Mrset gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau.Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas