Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : aman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagia

Peribahasa

Tuah anjing,
     celaka kuda.

Bermaksud :

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
happy endingakhiran bahagiaKesenianDrama dan TeaterPeleraian dalam sesebuah drama atau teater yang menunjukkan aksi dan suasana gembira seperti si teruna bertemu semula dengan pasangannya yang telah terpisah lama.
Central Mental Hospital, Tanjong RambutanHospital Bahagia, Ulu KintaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tragic herowira tragikKesusasteraanTiadaWatak protagonis dalam drama tragedi yang baik dan berubah nasib daripada bahagia kepada derita disebabkan kelemahan atau pertimbangan yang salah.
self-esteempenghargaan kendiriPsikologiPsikologi UmumAnggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi.

Kembali ke atas