Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gian] | بهاݢين

Definisi : 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sebutantermBahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8.Menengah Atas
tiga perempatthree quarters/ three fourthTiga bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Tiga perempat ditulis sebagai .Sekolah Rendah
satu perempatone quarter/one over fourSatu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. Lihat ContohSekolah Rendah
satu perduaone half/one over twoSatu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat ContohSekolah Rendah
titik perpuluhandecimal pointTanda titik ( . ) yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahan.Menengah Atas
titik perpuluhandecimal pointTanda titik yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahannya. Lihat ContohMenengah Rendah
temberengsegment1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah.Menengah Rendah
sukuanquadrantBahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam.Menengah Atas
sukuanquadrant1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat ContohMenengah Rendah
sinarrayBahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah.Menengah Atas
12345

Kembali ke atas