Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salaam, saya ingin tahu terjemahan untuk worktop iaitu bahagian atas yang ditambah untuk memotong atau persediaan memasak di dapur. Boleh ke gunakan bahagian atas kerja sebab meja kerja bermakna work bench. Sila bantu

Puan Zuraida terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jika berpandukan soalan Puan rasanya lebih sesuai untuk kita gunakan tempat kerja sahaja. Terima kasih 

Istilah16.10.2009
'Bahagian atas seluar itu telah koyak.' Adakah ayat ini betul?

Saudara,

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa20.10.2009
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar.

2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . 

Tatabahasa28.06.2010
Saya tidak faham berkaitan dengan ayat ini-Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN (perlu ada keterangan aktiviti perniagaan)Berdasarkan lampiran dan sejarah penyemakan iklan yang dilampirkan, kami memerlukan pihak pengiklan untuk meletakkan keterangan utama syarikat pada bahagian atas sebelah kiri papan iklan.

(Sebelum ini terdapat teks PEJABAT OPERASI di penghujung nama syarikat, kemudian telah dibetulkan kepada PEJABAT URUSAN, juga terletak di hujung nama syarikat).

Sila letakkan teks PEJABAT URUSAN (pada penghujung nama syarikat tersebut) ke bahagian penjuru atas, sebelah kiri iklan.
Lain-lain13.07.2020
کداي رونچيت أويس أشرفف انترڤريسSila kemukakan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan tuan dalam tulisan Rumi. Sekiranya ini ialah papan iklan kedai, cadangan kami keterangan utama mengandungi kedua-dua versi tulisan (Rumi dan Jawi), contoh KEDAI RUNCIT (diletakkan di bahagian atas, sebelah kiri dan کداي رونچيت (di bahagian atas, sebelah kanan). Nama kedai/syarikat tidak perlu dijawikan. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain27.01.2020
Assalamualaikum tuan... Saya ingin dapatkan ejaan jawi yang tepat bagi perkataan 'Kedai Runcit Uwais Ashraff Enterprise'. Saya lampirkan juga ejaan daripada Ejawi.net sebagai teguran. Terima kasih tuan.Cadangan kami keterangan utama pada papan iklan disediakan dalam dua versi, ejaan Rumi di bahagian atas, sebelah kiri dan tulisan Jawi di bahagian atas, sebelah kanan. Sila rujuk jawapan kami sebelum ini.Ejaan27.01.2020
Pelak signboardSekiranya ini papan premis perniagaan, sila masukkan keterangan aktiviti dalam bahasa Melayu di bahagian atas. Contohnya: PEJABAT URUSAN. Setelah dibuat pembetulan, sila hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk mendapatkan sujil pengesahan.  Lain-lain09.11.2016
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN.. MOHON PENCERAHAN BAGI PAPAN IKLAN SEPERTI DI LAMPIRAN. TERIMA KASIHMesti ada keterangan di bahagian atas sekali, iaitu "KEDAI GUNTING RAMBUT". Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa29.07.2015
salam. Apakah istilah yang tepat bagi 'Push notification'? Push notification ialah notis/ mesej/iklan singkat yang biasanya muncul di bahagian atas skrin tablet atau telefon pintar. Terima kasih.Untuk makluman, "Push notification" tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "paparan notifikasi".Penyemakan dan penterjemahan04.10.2019
Bolehkah saya pakai nama Sports Bistro pada kedai makan saya?Nama itu boleh digunakan sebagai nama kedai. Akan tetapi, di bahagian atas sebelah kiri, perlu dituliskan jenis perniagaan yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Contoh: Bistro atau Kedai Makan atau Restoran.

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain05.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas