Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KASUT

Kasut ialah perlindungan luar untuk kaki. Kasut

mempunyai tapak dan kebanyakan kasut juga

mempunyai tumit. Bahagian atas kebanyakan kasut

lebih tinggi daripada pergelangan kaki. But ialah

kasut yang menjangkaui pergelangan kaki.

UMUM 
MESKALINA

Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh

mengubah apa yang dilihat dan didengar serta

meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh

daripada bahagian atas atau ‘butang’ pokok kaktus

peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan

Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church

yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli

Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci

keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang

Persekutuan mengharamkan pemilikan atau

penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan

keagamaan itu sahaja.

UMUM 
AKNE

Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa

berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan,

terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan

belakang

UMUM 
KOHLRABI

Kohlrabi ialah sayur yang batangnya besar dan

ditanam untuk dimakan. Bahagian atas batangnya

berbentuk seperti bebawang dan tumbuh

betul-betul di atas tanah.

UMUM 
TIMUS

Timus ialah satu organ leper berwarna merah

samar yang memainkan peranan penting dalam

sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di

bahagian atas rongga dada di belakang tulang

dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di

bawah kelenjar tiroid.

UMUM 
PIRU

Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas.

Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu

tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan

kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau

casque menutupi bahagian atas kepalanya.

UMUM 
KUMBANG HERCULES

Kumbang Hercules ialah nama bagi beberapa

spesies kumbang besar. Kumbang jantan

mempunyai tanduk panjang yang terunjur dari

kepala dan bahagian atas badan.

UMUM 
BURUNG RIFLEMAN

Burung rifleman, sejenis burung ren yang

didapati di seluruh New Zealand. Burung ini kecil,

pendek serta gempal, dan membesar sehingga

lapan sentimeter panjang. Burung ini mempunyai

bahagian atas yang berwarna coklat kehijau-hijauan,

dan bahagian bawahnya berwarna coklat

kehijau-hijauan muda.

UMUM 
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM 
PERGELANGAN TANGAN

Pergelangan tangan ialah sendi yang

menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita

menggunakan pergelangan tangan untuk

menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke

sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk

kepada satu kawasan di bahagian atas tangan.

Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang

dinamakan karpal.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas