Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.han] | باهن

Definisi : 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
awaih[A.wAC]kata kerjamenyediakan bahan-bahan untuk masakan seperti rempah, cili, bawang, halia dan lain-lain.Hang awaih dulu, sat ni aku mai tomeh kari.[hAN A.wAC du.lu sAt ni A.ku mAj to.mEh kA.Òi]Awak sedia bahan-bahan dulu, sebentar lagi saya datang tumis kari.
sambai makau[sA.bAj mA.kAw] sos daripada campuran cili merah, betik masak dan lain-lain berserta bahan pengawet. Biasanya digunakan sebagai bahan tumisan untuk mi, mihun, kuetiau dan sebagai salah satu bahan dalam membuat sambal makau   

Kembali ke atas