Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.han] | باهن

Definisi : 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLOMBONGAN

Perlombongan ialah proses mengeluarkan

mineral dan bahan-bahan lain dari dalam bumi.

Bahan ini termasuk sebatian logam, bukan mineral

seperti batu arang, pasir, minyak, gas asli, dan

banyak bahan lain yang berguna.

UMUM 
KAUSTIK

Kaustik ialah istilah biasa bagi bahan kimia

tertentu yang boleh membakar atau mengakis

bahan-bahan lain, terutamanya bahan organik.

UMUM 
OHM

Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur

rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua

bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi

sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada

bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak

merintang dinamakan pengalir . Bahan yang

banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan

elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan

dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan

arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan

arus ( I ), diukur dalam ampere .

Ohm = volt atau R = E

ampere I

UMUM 
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM 
KROMATOGRAFI

Kromatografi ialah kaedah memisahkan bahan-bahan

yang membentuk campuran. Pemisahan ini

dilakukan dengan melakukan campuran dalam bahan

penjerap (lihat Penyerapan dan penjerapan).

UMUM 
EKSTRAK

Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan

tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan,

herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan.

UMUM 
AKUEDUK

Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke

tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk

pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi

tuang, keluli atau papan.

UMUM 
ALUVIUM

Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah

liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang

dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan

aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai

berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni

lereng gunung atau memasuki tasik, laut

pedalaman, atau teluk yang tenang.

UMUM 
ANGIOPLASTI

Angioplasti ialah  teknik membuka arteri

yang tersumbat oleh mendapan kolesterol,

kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan

sedemikian dinamakan plak .

UMUM 
SEPUHAN

Sepuhan ialah seni menyelaputi daun emas atau

habuk emas pada kaca, logam, kertas, porselin,

atau bahan-bahan lain. Sepuhan juga merujuk

kepada penggunaan logam seperti aluminium atau

perak.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas