Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan buangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ali membersihkan bahan buangan di dalam sungai. 2. Emak menikmati makanan di atas meja. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? Terima kasih.Kedua-dua ayat betul.  Akan tetapi ayat kedua boleh menimbulkan kekeliruan.  Ayat yang lebih jelas ialah "Emak menikmati makanan yang terletak di atas meja.Lain-lain14.04.2014
Tuan/Puan apakah istilah Bahasa untuk zero-emission vehicle? Terima kasih.Kami mencadangkan "zero-emission vehicle" diterjemahkan sebagai kenderaan sifar bahan buangan, kenderaan tanpa pelepasan karbon, kenderaan bebas emisi. Bergantung pd konteks dan konsep kenderaan tersebut.Makna26.09.2020
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "waste to art"?Untuk frasa "waste to art", pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "hasil seni bahan buangan". Makna04.09.2020
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013
terdapat perkataan PSIKOTROFIK didalam peraturan - peraturan kualiti alam sekeliling (buangan Terjadual)2005 apakah maksud perkataan tersebut dan ayatnya seperti berikut:- Dadah terbuang yang mengandungi bahan PSIKOTROFIK atau yang mengandungi bahan yang bertoksik.PSIKOTROFIK atau dalam bahasa Inggeris, psychotropic bermaksud bahan atau dadah yang boleh menjejaskan mental seseorang.Makna07.06.2018

Kembali ke atas