Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan buangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELUPUSAN BAHAN BUANGAN UMUM 
PEREPUTAN

Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan

atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi

sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini

boleh digunakan sebagai makanan oleh benda

hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses

yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan

yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan

tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses

ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai

penguraian atau pembusukan .

UMUM 
MOND, LUDWIG

Mond, Ludwig (1839–1909) ialah ahli kimia

British kelahiran Jerman, yang membantu

menubuhkan syarikat kimia yang kini dikenali

sebagai Imperial Chemical Industry (ICI).

Penemuan Mond banyak membawa kemajuan

dalam perindustrian kimia. Proses kimia yang

direkanya termasuk mendapatkan sulfur daripada

bahan buangan alkali; proses untuk membuat

klorin; pengeluaran gas pengeluar untuk

pemanasan; dan ekstrasi nikel daripada bijih

tertentu. Dia juga mereka bateri gas. Mond lahir

di Kassel. Dia menerima pendidikan di universiti

di Marburg dan Heidelberg dan dilatih oleh

Robert Bunsen. Dia menetap di Britain pada tahun

1862. Lihat juga Industri kimia.

UMUM 
DARAH

Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang

mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh

hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah

kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan

oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah

membawa karbon dioksida dan bahan buangan

lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan,

menstabilkan suhu badan kita, dan membawa

bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan.

UMUM 
ARUS TELUKAN

Arus Telukan ialah arus lautan yang utama. Arus

yang pantas ini membentuk sistem arus di

bahagian besar pinggir barat laut yang mengalir

mengikut arah jam di Lautan Atlantik Utara. Arus

Telukan mempunyai kesan yang penting terhadap

iklim, pengangkutan laut, dan peredaran nutrien

dan bahan buangan di dalam lautan.

UMUM 
SUNGAI RHINE

Sungai Rhine ialah jalan air pedalaman yang

terpenting di Eropah. Panjang sungai ini lebih

kurang 1320 kilometer dan merupakan saliran air

bagi kawasan yang luasnya lebih kurang 224 600

kilometer persegi. Sungai ini bermula di sebelah

timur Switzerland. Ia membentuk sebahagian

sempadan Switzerland, Liechtenstein, Austria,

Perancis, dan Jerman. Sungai ini mengalir melalui

Jerman dan Belanda dan masuk ke Laut Utara.

Walaupun terdapat beberapa masalah pencemaran

daripada bahan buangan perindustrian,

sebahagian Sungai Rhine ini amat cantik dan

menarik banyak pelancong. Bagi orang Jerman,

Sungai Rhine merupakan lambang sejarah

kebangsaan mereka. Beberapa legenda orang

Jerman berkait dengan sungai ini.

UMUM 
KUMBAHAN

Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim

buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan

juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi

kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus

jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan

tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan

pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan

larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan

jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah

yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga

mengandungi tanah dan air larian permukaan

yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan

kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang

berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan

penyakit.

UMUM 
ALAT PEMBAKAR

Alat pembakar merupakan alat relau panas

yang digunakan untuk membakar sisa buangan

sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat

pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran

pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil

digunakan untuk membakar sampah-sampah di

rumah. Alat pembakar industri yang besar pula

digunakan untuk melupuskan cat, minyak,

kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang

dihasilkan oleh proses industri.

UMUM 
PARU-PARU

Paru-paru ialah organ pernafasan utama

mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia

dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas.

Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia

mengambil oksigen dari udara dan membebaskan

karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk

membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan

ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan

buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru

manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi

dengan cara yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas