Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan buangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recyclingkitar semulaBiologiEkologiProses penggunaan semula bahan buangan, seperti kertas, botol, dan tin, atau penukaran bahan buangan kepada hasil yang baru dan boleh digunakan, misalnya hampas kelapa sawit dapat diproses semula dan dijadikan makanan haiwan ternakan.
solid wastebahan buangan pepejalBiologiEkologiBahan tidak berguna yang terhasil akibat aktiviti manusia, misalnya bahan buangan dari kilang-kilang pemprosesan makanan, pejabat, dan kawasan perumahan, yang mempunyai kandungan air yang tidak mencukupi untuk mengalir dengan bebas.
pollutantpencemarGeografiTiada2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
sanitationsanitasiPertanianAgronomi

 Langkah kebersihan seperti membuang bahan buangan, sisa, toksik dan kotoran dari sesuatu tempat atau peralatan ladang. Sanitasi juga boleh diaplikasi kepada sanitasi setempat, air, makanan dan ekologi. Sanitasi termasuk kaedah pelupusan bahan buangan dengan kaedah menanam, membakar atau menggunakan bahan kimia supaya mikroorganisma dalam bahan buangan tidak menjangkiti tanaman.

prawn mealmil udangVeterinarTiadaBahan buangan daripada udang yang dikeringkan dan dikisar. Bahan buangan ini boleh terdiri daripada udang kecil, sisa-sisa seperti bahagian kepala dan kulit udang yang tidak digunakan lagi. Bahan ini mengandungi protein dan kalsium yang agak tinggi dan sesuai digunakan sebagai campuran makanan ternakan akuakultur.
burn pitkolam bakarKejuruteraanPetroleumKolam yang dibuat dengan cara menggali tanah dan digunakan sebagai tempat untuk membakar minyak buangan atau bahan-bahan buangan lain yang tidak boleh digunakan lagi.
pollutantpencemarFarmasiTiada1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
adventure playgroundarena main kembaraLandskapTiadaTaman mainan kanak-kanak yang hanya dilengkapi bahan buangan seperti kotak, stirofom, tong dan sebagainya. Taman ini dibina untuk menggalakkan kanak-kanak membentuk alat mainan mereka sendiri daripada bahan buangan tersebut.
blooddarahPerubatanTiadaCecair yang beredar di dalam sistem kardiovaskular, yang membekalkan keperluan nutrien termasuk oksigen ke seluruh tubuh, dan memindahkan bahan buangan dari tisu ke organ tertentu, seperti peparu, ginjal dan hati. Misalnya, bahan buangan karbon dioksida dibuang melalui peparu. Darah mangandungi cecair plasma yang mengandungi sel-sel darah merah, putih dan platelet (trombosit). Di dalam darah terdapat juga protein plasma dan faktor-faktor penggumpal darah.
incinerationpenunuanBiologiEkologiPembakaran bahan buangan, sama ada pepejal, cecair atau bahan-bahan bergas yang boleh terbakar dan ditukarkan kepada gas. Sisa yang terhasil tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja bahan yang boleh terbakar.
12345678910...

Kembali ke atas