Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan kimia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM 
SITRIN

Sitrin ialah bahan kimia yang tergolong dalam

kumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai

flavonoid. Ahli sains tidak tahu dengan tepat

apakah sitrin atau sama ada ia perlu atau tidak

kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun,

mereka mendapati bahawa bahan flavonoid

membantu mengawal perdarahan daripada kapilari

(pembuluh darah yang halus kecil) dalam badan.

Sitrin, juga dikenali sebagai vitamin P, menjejaskan

dinding kapilari, menjadikannya kurang mungkin

mengalami hemoraj. Sitrin yang digunakan dalam

perubatan biasanya disediakan dengan

mengekstraknya daripada paprika dan kulit lemon.

UMUM 
KAUSTIK

Kaustik ialah istilah biasa bagi bahan kimia

tertentu yang boleh membakar atau mengakis

bahan-bahan lain, terutamanya bahan organik.

UMUM 
PESTISIDBahan kimia untuk mengawal makhluk perosak.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
KELENJAR

Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan

dan membebaskan bahan kimia yang berguna.

Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh

badan manusia dan kebanyakan haiwan lain.

Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar

melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah

daripada rembesan ini membantu melembapkan

kulit. Rembesan yang lain pula membantu

penghadaman mengawal pertumbuhan dan

perkembangan badan.

UMUM 
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM 
ANHIDRIDA

Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk

asid atau bes apabila berpadu dengan air.

Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid

anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ).

UMUM 
RACUN KULAT

Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan

untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali

sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia

dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan

oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan

serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit

kulat telah memusnahkan tanaman kentang di

Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang

kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga

menyebabkan hawar berangan yang membunuh

ribuan pokok berangan Amerika di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1900-an.

UMUM 
ASID HIDROKLORIK

Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya

yang mempunyai banyak kegunaan industri yang

penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna

dengan bau yang merengaskan. Asid ini

membentuk wasap apabila didedahkan pada

udara, bersifat sangat menghakis dan boleh

menyebabkan luka melecur yang teruk.

UMUM 
ASID PIKRIK

Asid pikrik ialah sejenis bahan kimia industri.

Namanya berasal daripada perkataan Yunani

yang bermaksud pahit ; satu larutan asid di dalam

air mempunyai rasa pahit.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas