Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan kimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemigationpengkimiairanPertanianAgroteknologiProses penyemburan bahan-bahan kimia seperti nitrogen, fosforus atau racun perosak pada tanaman melalui air yang dialirkan dalam sistem pengairan. Bahan-bahan ini dibancuh bersama dengan air yang ditakung untuk pengairan dengan kadar yang sesuai untuk tanaman berkenaan. Satu daripada kaedah pengkimiairan ialah sistem fertigasi yang melibatkan bancuhan nutrien dalam tangki yang dialirkan melalui saluran secara titisan. Hidroponik juga merupakan satu kaedah pengkimiairan.
petrochemicalpetrokimiaKejuruteraanTiadaBahan-bahan kimia yang diterbitkan daripada minyak mentah atau gas asli, termasuk hidrokarbon ringan seperti butena yang diperoleh melalui penyulingan berperingkat atau pemecahan bermangkin.
agrichemical/agrochemicalbahan kimia taniPertanianAgroteknologiBahan kimia yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran tanaman. Bahan ini termasuklah baja kimia, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, pengawal atur pertumbuhan, dan bahan pengawet hasil tuaian. Penggunaan bahan kimia ini perlu mengikut peraturan keselamatan seperti menggunakannya dalam kadar yang disyorkan dan memakai pakaian keselamatan untuk melindungi pengguna. Dalam sistem pertanian organik, bahan kimia tani tidak boleh digunakan sama sekali.
haemolysishemolisisVeterinarTiadaPemecahan sel darah merah dan pembebasan hemoglobin dalam plasma yang disebabkan oleh bahan-bahan beracun tertentu yang biasanya berasal daripada protein di dalam aliran darah, bahan-bahan kimia atau toksin bakteria. Keadaan ini berlaku semasa ternakan menghidap anemia.
ECP II processproses ECP IIKomunikasiTiadaProses membuat filem berwarna melalui sistem pemanasan iaitu dengan menggunakan bahan-bahan kimia foto bersuhu tinggi, khususnya penggunaan filem positif sebagai hasil cetakan filem negatif.
productionpengeluaran; penerbitanKejuruteraanTiadaHasil yang dikeluarkan, misalnya unit-unit yang dibuat di kilang, minyak daripada telaga, atau bahan-bahan kimia daripada loji pemprosesan.
antirust additivesbahan tambah antikaratKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir atau bendalir hidraulik melalui proses tertentu. Bahan kimia ini berfungsi untuk mengurangkan atau menghalang permukaan daripada mudah berkarat. Bahan kimia ini dikenali juga sebagai perencat karat.
fine chemicalbahan kimia halusKimiaTiadaBahan kimia yang terhasil dalam kuantiti sangat sedikit secara bandingan dan dalam keadaan tulen secara relatif.
home bleaching techniqueteknik pelunturan di rumahPergigianTiadaTeknik pelunturan gigi terstain yang boleh dilakukan oleh pesakit sendiri dengan menggunakan bahan kimia. Bahan yang berbentuk gel ini boleh dimasukkan ke dalam acuan dan pesakit dikehendaki memasukkan acuan ke dalam mulut selama beberapa minit. Acuan dikeluarkan dan bahan kimia tersebut dibersihkan secara berkumur. Hasilnya gigi yang terstain akan menjadi putih daripada asal.
bioaccumulationbiopengumpulanPerubatanFarmakologi

Penambahan kandungan bahan kimia dalam badan yang disebabkan oleh kadar kemasukan dan penyimpanan bahan tersebut melebihi kadar metabolisme dan perkumuhannya. Bahan kimia yang terkumpul akan mengganggu sistem fisiologi tubuh dan akan menghasilkan kesan toksik. Biopengumpulan boleh berlaku akibat pengambilan ubat yang berterusan atau kemasukan bahan kimia daripada persekitaran seperti plumbum dan ferum.

12345678910...

Kembali ke atas