Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan pencuci


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETROKIMIA

Petrokimia ialah bahan kimia yang dibuat

daripada petroleum atau gas asli. Petrokimia

adalah antara bahan yang terpenting yang

digunakan dalam industri. Pengeluar

menggunakan petrokimia untuk membuat

keluaran seperti bahan pencuci, baja, ubat-

ubatan, cat, plastik, serat sintetik, dan getah

sintetik.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
POTASY

Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan

garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis

potasy yang paling penting ialah kalium klorida

(KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat

baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang

diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja.

Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun

dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil,

pencelup, bahan kimia, dan ubat.

UMUM 
NATRIUM HIDROKSIDA

Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai

soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang

penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam

banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar

komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan

sabun dan kertas.

UMUM 
SULFUR

Sulfur ialah unsur kimia bukan logam, berwarna

kuning yang didapati di banyak bahagian di dunia.

Simbol kimia bagi sulfur ialah S. Ia telah digunakan

untuk pelbagai tujuan selama beratus-ratus tahun.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sulfur

sebagai pencuci, peluntur, dan ubat. Unsur ini

kemudiannya menjadi penting sebagai satu daripada

bahan utama dalam serbuk letupan. Hari ini, sulfur

digunakan dalam pelbagai keluaran dan proses

industri.

UMUM 

Kembali ke atas