Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan pencuci


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detergentdetergenBiologiEkologiBahan pencuci sintetik yang mengurangkan tegangan permukaan air, mengemulsi minyak, dan memegang daki dalam ampaian. Ahli-ahli kaji sekitaran mengkritik bahan pencuci kerana bahan ini mengandungi fosforus yang boleh menyebabkan pengeutrofikatan aliran air. Misalnya, sabun.
developer (photography)bahan pencuci (fotografi)GeografiTiadaTiada
fine grain developerbahan pencuci butir halusGeografiTiadaTiada
developerbahan pencuciKomunikasiTiadaBahan kimia yang digunakan untuk mencuci filem yang telah didedahkan kepada cahaya dan mempunyai imej pendam.
self-cleaning windowtingkap swacuciFizikNanoteknologiKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
fast colourwarna tahan lunturKesenianTiadaFabrik yang menggunakan pencelup yang tahan terik matahari dan bahan pencuci.
washer tanktangki pencuciKejuruteraan AutomotifTiadaTangki di ruang enjin, yang mengandungi bahan pencuci untuk mencuci cermin hadapan dan belakang menggunakan lengan pengelap.
washer tanktangki pencuciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki di ruang enjin yang mengandungi bahan pencuci untuk mencuci cermin hadapan dan belakang menggunakan lengan pengelap.
aqueous ammonium poisoningkeracunan ammonium akueusKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan ammonium akueus atau larutan ammonia dalam air. Larutan ini digunakan dalam sintesis organik dan sebagai bahan pencuci. Cecair dan wap larutan ini sangat merengsakan, terutamanya kepada mata. Dos maut secara pengingesan adalah lebih kurang 30 cm3 larutan berkepekatan 25%. Kesan keracunannya adalah sama dengan keracunan gas ammonia. Lihat juga keracunan gas ammonia.
caustic sodasoda apiBiologiEkologiNatrium hidroksida (NaOH), iaitu sejenis alkali kuat. Bahan ini digunakan sebagai agen pencuci dalam sesetengah bahan pencuci yang umumnya boleh mencemar sistem pengairan di kawasan bandar.
123

Kembali ke atas